Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KV_BM Astro Secures PL and FA Cup Rights to 2028

Astro Peroleh Hak Penyiaran EPL Sehingga 2028

Diterbitkan Disember 11, 2024 · Dikemas kini Disember 11, 2024 oleh Amalina Athman

Astro hari ini mengumumkan telah memperoleh hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang – 2025/26 sehingga 2027/28.

Pembaharuan ini akan menyaksikan Astro bakal menyiarkan kesemua 380 perlawanan EPL dalam HD dan perlawanan terpilih dalam 4K UHD, bersama dengan perlawanan Piala FA Emirates.

KV_BM Astro Secures PL and FA Cup Rights to 2028

Dengan tambahan siaran langsung perlawanan, pelanggan Astro juga boleh melihat inisiatif lain seperti siri kedua rancangan “From KL to PL” pada Januari 2025 serta pertandingan dengan hadiah menarik dan barangan eksklusif yang juga sebahagian dari program Astro Rewards.

Pada masa yang sama, Astro dan EPL akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam melindungi hak harta intelek dan membasmi cetak rompak. Astro juga akan menggunakan strategi dari pelbagai aspek, termasuk kempen kesedaran mengenai bahaya akibat dari menjalankan penstriman haram.

Mengekang cetak rompak adalah penting buat Astro dan Liga Perdana Inggeris untuk terus melabur dalam hak penyiaran bagi perlawanan dan juga pengalaman yang mereka berikan kepada para peminat.

Kesemua pelanggan Astro boleh menonton Liga Perdana Inggeris menerusi Pek Sukan Astro One, yang merupakan pilihan kandungan sukan setempat termasuk Program BWF, Liga Malaysia, Sepak Takraw League, Formula 1, MotoGP, NBA, Kriket, Tenis dan banyak lagi.

Bagi pelanggan sooka, penstriman semua perlawanan EPL secara langsung boleh dilakukan menerusi pelan Sports & Entertainment.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej Astro One dan sooka, layari laman rasmi Astro atau sooka.my.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Max Kini Boleh Diakses Melalui Astro GO, On Demand
  • Pelanggan Astro Boleh Tonton Filem Astro First Secara Percuma
  • Astro One Dilancar, Pakej Hiburan Terbaru Astro Pada Harga Serendah RM49.99

Sumber: Siaran Media Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY