Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASTRO_PRIME_BM (1)

Prime Video Kini Ditawarkan Di Astro Ultra & Ulti Box – Akses Dua Bulan Percuma

Diterbitkan April 24, 2025 ยท Dikemas kini April 24, 2025 oleh Amalina Athman

Astro hari ini mengumumkan pelancaran aplikasi Amazon Prime Video di Astro Ultra dan Ulti Box.

Dengan sokongan aplikasi Prime Video, pengguna kini boleh mendapat akses mudah kepada pelbagai kandungan, termasuk daripada Amazon Original, filem pecah panggung serta siri TV, melalui platform Astro.

Semua pelanggan Astro dengan Ultra atau Ulti Box boleh mengaktifkan akses dua bulan Prime Video tanpa caj tambahan, bermula 24 April sehingga 23 Jun 2025 – memberikan penjimatan sebanyak RM50.

ASTRO_PRIME_BM (1)

Cara aktifkan akses Prime Video

Untuk mengaktifkan akses Prime Video, tekan butang “Home” pada alat kawalan Astro dan pilih aplikasi Prime Video di bahagian “Apps”.

Kemudian, pengguna boleh mengikuti langkah di skrin untuk mendaftar akaun Amazon Prime dan mengimbas kod QR untuk memautkan Ultra atau Ulti Box ke akaun Amazon Prime.

Setelah selesai, pengguna boleh terus menonton kandungan eksklusif Prime Video.

Pengguna boleh mengurus dan mengubah langganan Astro pada bila-bila masa menerusi aplikasi My Astro, termasuk mengemaskini pek, menukar penambahan (add-on) dan perkhidmatan penstriman atau memilih penambahan lain pada bila-bila masa.

Untuk butiran lanjut, layari laman rasmi Astro.

Berkaitan

  • Astro Perbaharui Nama Dan Nombor Saluran Sukan Bermula 17 Oktober
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Astro Peroleh Hak Penyiaran EPL Sehingga 2028
  • Aplikasi Max Kini Di Astro Ultra & Ulti Box - Naik Taraf Max Ultimate Turut Tersedia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY