Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Humanoid Robot: Unitree G1

AS Gunakan Alasan Sama, Kali Ini Sekat Robot China Pula

Diterbitkan Julai 29, 2026 · Dikemas kini Julai 29, 2026 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) Amerika Syarikat sekali lagi menunjukkan hipokrasinya apabila mengumumkan larangan import ke atas peranti robotik canggih dan pembalik kuasa (power inverter) buatan luar negara.

Alasan yang diguna pakai? Sudah semestinya isu “keselamatan negara” yang dah biasa kita dengar.

Larangan ini merangkumi robot humanoid, robot berkaki empat, hinggakan pembersih vakum robotik sekiranya tidak mempunyai pengecualian khas.

Walaupun FCC berpura-pura mendakwa tindakan ini tidak disasarkan kepada mana-mana negara, tapi semua orang tahu siapa sasaran sebenar mereka, iaitu China.

“Penentuan Keselamatan Negara untuk peranti robotik canggih menyatakan bahawa peranti robotik canggih yang dihasilkan oleh asing menimbulkan risiko yang tidak boleh diterima kepada keselamatan negara Amerika Syarikat dan kepada keselamatan dan sekuriti rakyat A.S.” FCC.

China yang kini mendominasi pasaran robotik dan pengeluar pembalik kuasa gergasi seperti Huawei serta Sungrow jelas membuatkan AS rasa terancam.

Cuma anehnya, walaupun AS mendakwa kononnya peranti luar mempunyai isu keselamatan yang teruk, syarat untuk mendapatkan pengecualian (waiver) langsung tidak menuntut syarikat meningkatkan keselamatan peranti—sebaliknya syarikat luar cuma perlu berjanji untuk membuka kilang di AS.

Jadi, adakah ini soal keselamatan, atau lebih kepada taktik perang perdagangan demi memaksa pelaburan dialihkan ke AS.?

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Honda Dan Nissan Dilapor Sedang Berbincang, Bersama Bangunkan OS Untuk Kenderaan Masa Depan
  • Microsoft Dilaporkan 'Tak Kisah' Pun Anda Guna Windows 11 Cetak Rompak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY