Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Dilaporkan ‘Tak Kisah’ Pun Anda Guna Windows 11 Cetak Rompak

Microsoft Dilaporkan ‘Tak Kisah’ Pun Anda Guna Windows 11 Cetak Rompak

Diterbitkan Julai 29, 2026 ยท Dikemas kini Julai 29, 2026 oleh ariff bukhari

Kononnya, Microsoft bakal “mematikan” Windows 11 cetak rompak melalui syarat cip TPM baharu, rupa-rupanya semua khabar angin itu fiksyen semata-mata.

Pengenalan syarat KMS Hardware-Secured berasaskan TPM ini sebenarnya cuma terpakai untuk pelayan (server) KMS peringkat organisasi atau syarikat besar sahaja.

Ia tiada kaitan langsung dengan PC peribadi anda di rumah. Malah, kaedah haram seperti HWID atau TSforge langsung tidak terkesan dengan perubahan ini.

Menurut laporan itu, bagi Microsoft, kos memburu pencuri lesen adalah jauh lebih mahal daripada hasilnya.

Jadi, Microsoft tak kisah sama ada anda menjalankan Windows percuma atau tiruan di PC.

Microsoft Dilaporkan ‘Tak Kisah’ Pun Anda Guna Windows 11 Cetak Rompak
Harga lesen bagi versi Windows 11 Home di Malaysia adalah RM919, manakala versi Widows 11 Pro pula berharga RM1,299.

Asalkan anda terus terperangkap dalam ekosistem mereka dan melanggan perkhidmatan berbayar seperti Microsoft 365, OneDrive, serta Copilot.

(Penafian: Kami tidak menyokong cetak rompak.)

Berkaitan

  • Microsoft Perkenal Cara Baru Pasang Semula Windows 11 Dengan Lebih Mudah Tanpa USB
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Microsoft Akhirnya Mengaku, Windows 11 Menjejaki Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
©2026 WISER.MY