Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cip AI

Trump Dilapor Bakal Tarik Balik Sekatan Cip AI Era Biden, Ganti Dengan Dasar Baru

Diterbitkan Mei 8, 2025 · Dikemas kini Mei 8, 2025 oleh Amalina Athman

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, merancang untuk membatalkan dan mengubah peraturan sekatan perdagangan cip kecerdasan buatan (AI) yang dikenakan semasa era Biden, lapor Bloomberg.

Pembatalan ini, yang belum muktamad, bertujuan untuk membentuk semula dasar yang mendapat tentangan kuat daripada syarikat teknologi utama dan kerajaan asing.

Dasar yang dikenali ‘AI Diffusion Framework’ diumumkan pada Januari, seminggu sebelum tamatnya pentadbiran bekas Presiden Joe Biden.

Buat pengetahuan, peraturan Biden membahagikan dunia kepada tiga peringkat: 17 negara dan Taiwan berada dalam peringkat pertama, yang boleh menerima cip tanpa had.

Kira-kira 120 negara lain, termasuk Malaysia, berada dalam peringkat kedua, yang menghadapi had eksport cip tertentu. Dalam peringkat ketiga, negara-negara yang dianggap berisiko termasuk China, Rusia, Iran dan Korea Utara, dihalang daripada menerima cip atau teknologi AI.

Menurut jurucakap Jabatan Perdagangan, pegawai-pegawai “tidak menyukai sistem bertingkat” dan mengatakan bahawa peraturan itu “tidak dapat dikuatkuasakan”.

“Peraturan AI Biden terlalu rumit, terlalu birokratik, dan akan menghalang inovasi Amerika. Kami akan menggantikannya dengan peraturan yang lebih mudah, yang melancarkan inovasi Amerika dan memastikan dominasi AI Amerika.”

Jurucakap tersebut tidak memberi tarikh khusus untuk peraturan baru. Beliau berkata perbincangan masih berlangsung mengenai langkah terbaik yang harus diambil. Peraturan Biden dijadualkan berkuat kuasa pada 15 Mei.

Berkaitan

  • China Dakwa Sekatan Cip TSMC Boleh Jejaskan Kepentingan Syarikat Taiwan
  • Sekatan Eksport Cip AI AS, Ini Kesan Kepada Malaysia Dan Dunia
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Nvidia Cari Jalan Selamat – Dilapor Reka Cip AI Baharu Yang Lulus Sekatan AS

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY