Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AS Siasat Jika DeepSeek Guna Cip AI Yang Diharamkan

AS Arah Agensi Kerajaan Henti Guna DeepSeek, Bimbang Data Sensitif Dipindahkan Ke China

Diterbitkan Oktober 20, 2026 oleh Amalina Athman

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengarahkan agensi kerajaannya supaya menghentikan penggunaan alat kecerdasan buatan (AI) dari syarikat pemula China, DeepSeek, ketika kedua-dua negara bersaing untuk menguasai sektor yang berkembang pesat itu.

Arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS (DHS) itu melibatkan produk yang dibangunkan oleh DeepSeek serta alat pihak ketiga yang menggunakan teknologinya. Produk dan alat berkenaan perlu dikeluarkan daripada peranti teknologi maklumat (IT) agensi terlibat.

Bagaimanapun, jabatan itu hanya boleh mengarahkan agensi kerajaan, bukan pihak tentera atau perkhidmatan perisikan.

“Model DeepSeek mempunyai pelbagai vektor ancaman,” menurut dokumen yang dilampirkan pada notis tersebut. Jabatan itu memberi amaran bahawa penggunaan alat AI DeepSeek “boleh mengakibatkan pemindahan data sensitif ke China sekiranya digunakan oleh kakitangan atau vendor kerajaan AS”.

Jabatan berkenaan turut menyatakan pelayan DeepSeek terletak di China, yang sistem perundangannya memberikan kerajaan “kuasa yang luas” untuk mengakses infrastruktur syarikat swasta.

DeepSeek, salah sebuah makmal AI terkemuka China, menggemparkan industri pada Januari 2025 menerusi chatbot berprestasi tinggi yang dibangunkan pada kos rendah, sekali gus mencabar tanggapan bahawa AS mendominasi sektor tersebut.

Syarikat itu melancarkan model baharu yang dinanti-nantikan, V4, pada April lalu. Pada bulan ini, DeepSeek turut mengemas kini versi V4 yang lebih pantas dan ringan.

Sebelum ini, AS turut menuduh DeepSeek dan beberapa syarikat AI utama China yang lain mencuri keupayaan model canggih yang dibangunkan oleh pesaing dari AS secara sistematik.

Walaupun berdepan persaingan sengit dalam pembangunan AI, AS dan China bersetuju pada September lalu untuk mewujudkan “saluran komunikasi” bagi menangani insiden berkaitan teknologi tersebut.

Perkara itu dijangka dibincangkan sekali lagi apabila pemimpin kedua-dua negara bertemu pada bulan depan dalam satu sidang kemuncak di Shenzhen, China. – AFP

Berkaitan

  • DeepSeek V4 Guna Cip Terkini Huawei, Langkah Besar China Menuju AI Bebas Nvidia
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • RayNeo iO Tampil Dengan Gemini, ChatGPT, Claude Dan DeepSeek

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
  • RoboVan Tahap 4 Mula Percubaan 6 Bulan Di Cyberjaya
  • Amazfit T-Rex Dual Solar Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,799
  • Permainan Kereta Lumba Eksklusif Di PS4 Ini Kini Boleh Dimainkan Di PC
  • Spotify Perketat Pengesahan Premium Family - Gagal Sahkan Tak Boleh Sertai Pelan Family, Duo Lain Setahun
  • Kilang Penapisan Logam Bernilai Tinggi Pertama Malaysia Dibina Di Pulau Pinang
  • XPeng Bawa Google Play Terus Ke Dalam Kereta Mulai Awal 2027
©2026 WISER.MY