Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“Industri Semikonduktor China Perlu Dipertingkatkan Dengan Segera” – Pengerusi Tencent

AS Tuduh China Curi Teknologi AI Guna Teknik Penyulingan

Diterbitkan September 9, 2026 ยท Dikemas kini September 9, 2026 oleh ariff bukhari

Washington pada Selasa menuduh makmal kecerdasan buatan (AI) terkemuka China, termasuk DeepSeek dan Moonshot AI, mencuri keupayaan model-model Amerika Syarikat (AS) secara sistemik ketika kedua-dua negara bersaing sengit untuk menguasai keunggulan teknologi.

Nasihat daripada agensi pertahanan siber AS itu dikeluarkan menjelang pertemuan yang dijangkakan bulan ini antara Presiden Donald Trump dan rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping, di Rumah Putih, di mana AI bakal menjadi topik perbincangan penting.

Langkah ini menyusul selepas beberapa siri tuduhan kecurian AI sebelum ini oleh kerajaan dan syarikat AI Amerika ke atas China melalui proses yang dikenali sebagai penyulingan (distillation).

 

“Syarikat-syarikat kecerdasan buatan (AI) yang berpangkalan di China sedang menjalankan pengekstrakan sistemik ke atas fungsi dan keupayaan proprietari milik model syarikat AI U.S.,” menurut nasihat yang dikeluarkan pada Selasa itu.

Pengekstrakan itu dilakukan “menerusi kempen penyulingan pengetahuan berskala industri yang membentuk teras, bukan sekadar pemangkin kepada strategi pembangunan AI mereka,” tambahnya.

Penyulingan ialah kaedah di mana sebuah model AI dilatih untuk meniru hasil (output) daripada model yang lebih besar dan lebih berkeupayaan.

Kaedah ini diguna pakai secara meluas dalam industri, namun Washington mendakwa syarikat China menggunakannya secara besar-besaran untuk meniru sistem Amerika secara tidak sah.

Syarikat China yang menggunapakai strategi ini “merekodkan garis masa pembangunan AI yang jauh lebih singkat dan kos kewangan yang lebih rendah untuk melatih model teraju (frontier model),” kata laporan itu.

Nasihat tersebut memperincikan bagaimana DeepSeek, Moonshot AI, Alibaba, MiniMax, StepFun, dan Z.AI didakwa menggunakan jutaan pertukaran data dan permintaan untuk mencuri keupayaan model AS daripada gergasi teknologi seperti OpenAI, Anthropic, Google, dan xAI.

AFP telah menghubungi syarikat-syarikat China berkenaan kecuali StepFun yang tidak dapat dihubungi serta-merta, manakala Moonshot AI enggan memberi ulasan.

Tindakan ini, yang diambil “berkemungkinan dengan pengetahuan kerajaan China”, telah berlaku sekurang-kurangnya sejak akhir tahun 2024, menurut laporan itu.

Trump kini berada di bawah tekanan untuk merespons kejayaan model AI China yang kian meningkat, di mana kebanyakan syarikat lebih menyukai pilihan tersebut berbanding versi AS dari Anthropic atau OpenAI yang lebih berkuasa tetapi jauh lebih mahal.

Pada bulan Julai, puluhan syarikat pemula mengutus surat kepada pentadbiran Trump menggesa agar mempertimbangkan semula sebarang larangan mutlak atau sekatan ketat ke atas model AI buatan luar negara, sambil menegaskan bahawa sekatan sedemikian hanya patut dipertimbangkan untuk penggunaan teknologi oleh pihak kerajaan sahaja.

Pada bulan yang sama, Beijing turut membalas tuduhan dengan mendakwa AI keluaran AS menggunakan sampel daripada China untuk melatih model mereka. – AFP

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • OpenAI Dakwa Model AI Baharu Yang Belum Dilancar Berjaya Selesaikan Masalah Matematik Paling Sukar Dalam 88 Jam
  • AI Boleh Bantu Reka Slaid, Tapi Tidak Hilangkan Rasa Gemuruh Gen Z Apabila Berucap

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY