Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple more personal siri_

Apple Setuju Bayar AS$250 Juta Selesai Tuntutan Saman Berkaitan Dakwaan Iklan Siri

Diterbitkan Mei 6, 2026 · Dikemas kini Mei 6, 2026 oleh Amalina Athman

Apple bersetuju untuk membayar sebanyak AS$250 juta (~RM987.8 juta) bagi menyelesaikan tuntutan saman yang mendakwa syarikat itu mengelirukan jutaan pembeli iPhone berhubung keupayaan kecerdasan buatan (AI) pada pembantu suara Siri yang dipromosikan pada akhir 2024.

Dalam dokumen mahkamah yang dilaporkan oleh AFP, plaintif mendakwa Apple “mempromosikan keupayaan AI yang tidak wujud pada ketika itu, tidak wujud sekarang, dan tidak akan wujud untuk dua tahun atau lebih” bagi meningkatkan jualan iPhone.

Badan pemantau pengiklanan di Amerika Syarikat, iaitu Bahagian Pengiklanan Kebangsaan Majlis Perniagaan Lebih Baik (Better Business Bureau), turut membuat kesimpulan bahawa Apple secara salah memberi gambaran Siri baharu berkuasa AI itu “sudah tersedia sekarang”.

Penyelesaian kes yang difailkan untuk kelulusan mahkamah ini tidak mengandungi sebarang pengakuan salah laku oleh Apple. Ia melibatkan sekitar 36 juta peranti yang layak, iaitu siri iPhone 16 serta iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max yang dibeli di AS antara 10 Jun 2024 hingga 29 Mac 2025.

Setiap pengguna yang layak boleh menerima bayaran sekitar AS$25 (~RM99) bagi setiap peranti, dengan jumlah yang boleh mencecah sehingga AS$95 (~RM375) bergantung kepada bilangan tuntutan yang diluluskan.

“Kami menyelesaikan perkara ini untuk terus fokus pada apa yang kami lakukan terbaik: menyampaikan produk dan perkhidmatan paling inovatif kepada pengguna kami,” kata Apple kepada Financial Times.

Satu tinjauan Morgan Stanley yang dipetik dalam tuntutan itu menunjukkan bahawa “Siri yang dipertingkatkan” merupakan ciri yang paling dinantikan oleh bakal pembeli iPhone.

Apple sebelum ini melancarkan kempen pengiklanan pada 2024 untuk mempromosikan keupayaan tersebut, sebelum kemudian mengesahkan penangguhan tanpa tempoh tertentu dan menarik balik iklan berkenaan.

Penyelesaian ini masih perlu mendapat kelulusan Hakim Noel Wise dari Mahkamah Daerah Persekutuan bagi Daerah Utara California dalam satu pendengaran yang dijadualkan pada 17 Jun 2026. – AFP

Berkaitan

  • Apple Disaman Kerana Iklan Mengelirukan, Promosi Ciri Apple Intelligence Yang Belum Tersedia
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Apple Perkenal Langganan Bulanan Dengan Komitmen 12 Bulan Di App Store
  • Apple Dijangka Tambah Mod 'Siri' Dalam Aplikasi Camera Menerusi iOS 27
  • Apple Umum Untung Besar Hasil Jualan iPhone 17

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY