Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aplikasi Camera iOS 26

Apple Dijangka Tambah Mod ‘Siri’ Dalam Aplikasi Camera Menerusi iOS 27

Diterbitkan April 30, 2026 · Dikemas kini April 30, 2026 oleh Amalina Athman

Apple dilapor sedang membangunkan mod Siri baharu dalam aplikasi Camera, yang akan dilancarkan sebagai sebahagian daripada iOS 27.

Menurut laporan Mark Gurman dari Bloomberg, mod Siri ini akan hadir sebagai pilihan tambahan bersama mod sedia ada seperti Photo, Video, Portrait, Cinematic dan lain-lain.

Ketika ini, ciri Visual Intelligence pada iPhone yang menyokong Apple Intelligence hanya boleh diakses melalui butang Camera Control, Control Center, Lock Screen atau Action Button, menjadikannya agak tersembunyi bagi kebanyakan pengguna.

Dengan iOS 27, Apple merancang untuk memindahkan ciri tersebut terus ke dalam aplikasi Camera, yang akan dijenamakan semula sebagai mod Siri.

Seperti Visual Intelligence sedia ada, mod baharu ini membolehkan pengguna menghala kamera ke sesuatu objek dan memanfaatkan perkhidmatan seperti ChatGPT untuk bertanya soalan, atau menjalankan carian imej terbalik Google untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ciri sedia ada sudah pun mampu melakukan banyak perkara, seperti menukar butiran poster konsert kepada acara kalendar, mengenal pasti tumbuhan dan haiwan, serta memaparkan maklumat perniagaan seperti nombor telefon atau menu restoran.

The Siri mode will be an option in Camera just like Photo, Video, Portrait, Pano and other forms of media capture. https://t.co/pnrLWvCKhc

— Mark Gurman (@markgurman) April 29, 2026

Bukan sekadar dipindahkan, Apple turut dikatakan sedang mereka semula keseluruhan pengalaman penggunaan ciri ini. Butang shutter baharu yang berteraskan logo Apple Intelligence akan menggantikan butang putih bulat yang digunakan pada Visual Intelligence hari ini. Pintasan Camera Control juga akan kekal berfungsi, tetapi ia akan terus membuka mod Siri dalam aplikasi kamera, berbanding antara muka berasingan.

 

Selain integrasi dalam aplikasi Camera, Apple juga dilaporkan akan memperluas ciri ini dengan keupayaan tambahan. Antaranya termasuk mengimbas label nutrisi pada pembungkusan makanan untuk merekodkan maklumat diet.

Semua ini dijangka akan diumumkan secara rasmi di WWDC 2026 pada 8 Jun 2026, sebelum dilancarkan kepada pengguna pada musim luruh tahun ini.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Apple Sahkan WWDC 2026 8 Hingga 12 Jun - Dijangka Dedahkan iOS 27, Perkembangan AI
  • Ura-Ura: Empat Model iPhone Mungkin Tidak Lagi Terima Sokongan iOS 27
  • Aplikasi Photos Dalam iOS 27 Dijangka Terima Ciri Suntingan Baharu Berasaskan AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY