Apple kini memperkenalkan pilihan baharu untuk langganan di App Store, iaitu pelan bulanan dengan komitmen selama 12 bulan.
Secara asasnya, pengguna masih membuat bayaran setiap bulan, tetapi dengan tempoh langganan minimum selama setahun. Pendekatan ini membolehkan harga ditawarkan lebih rendah, seakan pelan tahunan, tetapi tidak perlu dibayar sekali gus.
Pilihan pembayaran baharu ini membolehkan anda (pembangun) menawarkan pilihan yang lebih mampu milik kepada pelanggan. Pengguna boleh membatalkan langganan mereka pada bila-bila masa, yang akan menghalang langganan daripada diperbaharui selepas mereka melengkapkan bayaran yang dipersetujui bagi memenuhi komitmen tersebut.
Dari segi ketelusan, pengguna boleh menyemak jumlah bayaran yang telah dibuat dan baki yang tinggal melalui Apple Account. Apple juga akan menghantar peringatan melalui e-mel dan push notification sebelum pembaharuan dibuat.

Untuk pembangun, sokongan bagi pelan ini sudah tersedia di App Store Connect dan boleh diuji melalui Xcode bermula hari ini.
Pelan langganan ini akan tersedia kepada semua pengguna apabila iOS 26.5 dilancarkan bulan depan, dan boleh digunakan pada peranti dengan iOS 26.4 serta versi yang lebih baharu, termasuk iPadOS, macOS Tahoe, tvOS dan visionOS.
Bagaimanapun, ciri ini tidak akan ditawarkan di Amerika Syarikat dan Singapura, sekurang-kurangnya pada peringkat awal pelancaran.
{suggest}
