Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kapasiti bateri iPhone 17_ d

Apple Sahkan Kapasiti Bateri Semua Model iPhone 17, iPhone Air

Diterbitkan September 10, 2025 · Dikemas kini September 10, 2026 oleh Amalina Athman

Apple kini mengesahkan kapasiti bateri bagi semua model iPhone baharu yang diumumkan hari ini, termasuk iPhone 17, iPhone Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max.

Seperti dilaporkan sebelum ini, Apple dikehendaki memaparkan label tenaga pada halaman produk iPhone di Kesatuan Eropah (EU). Label ini secara tidak langsung mendedahkan kapasiti bateri rasmi bagi setiap iPhone.

Menurut Apple, kapasiti bateri bagi setiap model adalah seperti berikut:

  • iPhone 17: 3,692mAh
  • iPhone Air: 3,149mAh
  • iPhone 17 Pro: 3,988mAh
  • iPhone 17 Pro Max: 4,823mAh

Kapasiti ini sepadan dengan laporan beberapa hari lalu, tetapi masih belum jelas sama ada angka tersebut merujuk kepada model dengan slot SIM fizikal atau model eSIM sahaja.

Tambahan pula, Apple mengatakan model eSIM memanfaatkan ruang yang sebelum ini digunakan untuk slot SIM fizikal bagi menambah kapasiti bateri.

Di EU, Apple masih mengekalkan slot kad SIM untuk iPhone 17, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max. Dengan itu, kemungkinan besar kapasiti bateri yang dipaparkan dalam label tenaga adalah bagi model dengan slot SIM, sama seperti versi yang dijual untuk pengguna di Malaysia.

Bagi iPhone Air, ia hanya menyokong eSIM di seluruh dunia, bermakna kapasiti baterinya adalah sama tanpa mengira pasaran.

Berkaitan

  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi
  • iPhone 17 Kini Rasmi - 120Hz ProMotion, Storan Kini Bermula 256GB
  • Apple Perkenal iPhone Ternipis, iPhone Air Dengan eSim Sahaja
  • iPhone 17 Pro Rasmi - 'Vapor Chamber', 8x Zum, Storan Sehingga 2TB, Harga Bermula RM5499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY