Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 17_3

iPhone 17 Kini Rasmi – 120Hz ProMotion, Storan Kini Bermula 256GB

Diterbitkan September 10, 2025 · Dikemas kini September 10, 2025 oleh Amalina Athman

Antara yang paling dinantikan dalam acara Apple kali ini pastinya pengumuman rasmi iPhone 17. Seperti biasa, siri baharu ini hadir dengan rekaan lebih segar, peningkatan prestasi serta ciri menarik yang menjadi tumpuan peminat teknologi di seluruh dunia.

iPhone 17 menampilkan skrin lebih besar bersaiz 6.3-inci, dan buat pertama kalinya model ini hadir dengan sokongan ProMotion sehingga 120Hz kadar segar semula adaptif – satu perkara yang dinantikan pengguna setelah sekian lama.

iPhone 17_4

Dikuasakan cip pemproses A19, iPhone 17 kini ditawarkan dengan storan bermula 256GB, menandakan Apple kini menghentikan pilihan storan 128GB.

iPhone 17 Kini Rasmi – 120Hz ProMotion, Storan Kini Bermula 256GB
iPhone 17 Kini Rasmi – 120Hz ProMotion, Storan Kini Bermula 256GB
iPhone 17 Kini Rasmi – 120Hz ProMotion, Storan Kini Bermula 256GB

Antara peningkatan paling ketara untuk generasi kali ini terletak pada sistem kamera. iPhone 17 dilengkapi kamera 12MP, serta “dual fusion” 48MP di bahagian belakang yang menggabungkan keupayaan kamera utama dan telefoto dalam satu sistem serba baharu. Ia menyokong 2x zum optik.

iPhone 17_2

Di bahagian hadapan pula dimuatkan kamera 18MP Center Stage.

Seperti iPhone 16 sebelum ini, iPhone 17 masih mengekalkan butang Action dan Camera Control untuk pengalaman penggunaan lebih fleksibel.

iPhone 17

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Lavender, Mist Blue, Black, White dan Sage.

Harga dan ketersediaan

iPhone 17 ditawarkan pada harga bermula RM3,999 bagi storan 256GB. Prapesan dibuka mulai 12 September, jam 8 malam, dengan ketersediaan di pasaran pada 19 September 2025.

Senarai penuh harga iPhone 17 bersama tiga model lain boleh dirujuk melalui pautan INI.

Berkaitan

  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi
  • AirPods Pro 3 Kini Dilancarkan - Live Translation, Sensor Kadar Jantung
  • Apple Watch Siri 11 Dilancar Dengan Teknologi Selular 5G
  • Ini Senarai Penuh Harga Siri iPhone 17, iPhone Air - Prapesan Mulai 12 September

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY