Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2023-09-27 at 1.27.15 PM

iPhone 15 Pro Jadi “Lemau” Main Genshin Impact Pada Tetapan Tertinggi

Diterbitkan September 27, 2023 · Dikemas kini September 27, 2023 oleh ariff bukhari

Apple ketika memperkenalkan iPhone 15 Pro yang dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaru A17 Pro menyatakan bahawa peranti itu berupaya memainkan judul-judul permainan berspesifikasi tinggi seperti Resident Evil Village.

Tetapi lain pula apabila iPhone 15 Pro memainkan judul permainan Genshin Impact. Kelancaran memainkan permainan itu pada peranti tersebut kelihatan menjadi tersekat-sekat dan lemau.

Itu apa yang didapati oleh YouTuber TheRelaxingEnd ketika mencubanya.

Walau apa pun, apabila iPhone 15 Pro itu memainkan beberapa judul permainan lain seperti GTA: San Andreas, eFootball PES, PUBG Mobile dan Call of Duty Mobile tiada isu lemau dihadapi peranti tersebut tetapi sehinggalah permainan Genshin Impact dimainkan pada tetapan tertingginya.

Termasuklah menetapkan kadar bingkai tertinggi permainan itu kepada 60FPS. Tetapan itu didapati terlalu tinggi untuk iPhone 15 Pro kendalikannya.

Screenshot 2023-09-27 at 1.08.17 PM

Isu ini tidak pasti sama ada ia berkaitan dengan thermal throttling ke atas cip A17 Pro yang menyebabkan prestasi iPhone ini diturunkan.

Sebelum ini laporan awal mengaitkan isu panas pada iPhone 15 Pro mungkin berpunca daripada bahagian pelesapan haba yang dikurangkan dan penggunaan bingkai titanium telah memberi kesan negatif terhadap kecekapan terma peranti itu.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Kuo: Isu Kepanasan Melampau iPhone 15 Pro Tidak Berkait Dengan Cip 3nm TSMC
  • Selesai Isu USB-C, EU Mahu Apple Buka Ekosistem Kepada Pesaing Pula

Sumber: wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY