Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Maps versi web

Apple Maps Kini Tersedia Untuk Versi Web

Diterbitkan Julai 25, 2024 ยท Dikemas kini Julai 25, 2024 oleh Amalina Athman

Apple Maps kini tersedia untuk versi web. Melalui versi “public beta” yang dilancarkan hari ini, pengguna boleh mengakses Apple Maps di web menggunakan Safari dan Chrome pada Mac dan iPad, serta Chrome dan Edge pada PC Windows.

Apple Maps boleh diakses menerusi halaman beta.maps.apple.com. Pengguna boleh melakukan kebanyakan perkara seperti versi aplikasi iOS, seperti mendapatkan petunjuk arah dan berjalan, mencari tempat menarik dan perkhidmatan berdekatan, waktu perniagaan, penilaian dan ulasan, serta lain-lain.

Apple Maps web public beta
Apple Maps web public beta_4
Apple Maps web public beta_3
Apple Maps web public beta_2

Apple berkata ia akan melancarkan ciri tambahan, seperti Look Around, dalam beberapa bulan akan datang.

Sebagai tambahan, semua pembangun – termasuk yang menggunakan MapKit JS, boleh memaut keluar (link out) ke Apple Maps di web. Ini memudahkan pengguna mendapatkan arah pemanduan dan melihat maklumat tempat dengan terperinci.

Buat masa ini, Apple Maps hanya tersedia dalam bahasa Inggeris – dengan sokongan untuk lebih banyak bahasa, pelayar dan platform tambahan akan diperluas dari semasa ke semasa.

Berkaitan

  • Apple Maps Makin Digemari Pengguna Berbanding Google Maps - Laporan
  • Rakaman Gambar Jalan Malaysia Untuk 'Apple Maps Look Around' Bermula Esok

Sumber: Apple Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY