Perniagaan Apple Terus Berkembang, Lebih 60% Langgan iCloud Berbayar

Apple telah pun mengeluarkan laporan pendapatan suku tahunannya pada minggu lepas.

Seperti yang diramalkan, iPhone mendominasi keputusan laporan pendapatan Apple itu.

Tapi sejak beberapa tahun yang lalu, perniagaan servis yang ditawarkan syarikat itu telah menjadi segmen kedua terbesar Apple.

Malah ia lebih besar daripada setiap produk mereka yang lain termasuklah iPad, Mac, peranti boleh dipakai dan aksesori.

Segmen itu juga telah berkembang paling pantas berbanding semua segmen lain.

Produk yang paling berjaya, seperti yang diukur oleh penembusan pasaran adalah servis storan iCloud.

Laporan pendapatan Apple mendedahkan 60% pelanggan mereka melanggan servis storan awan berbayar, iCloud+.

Perkhidmatan yang paling kurang berjaya pula sekurang-kurangnya dari segi penembusan adalah jaminan lanjutan AppleCare untuk iPhone pada 15%.

Waranti lanjutan AppleCare untuk iPad pula mempunyai penembusan yang lebih besar, iaitu pada kadar 31%.

Sementara, perkhidmatan media adalah antara 25% hingga 41%. Apple Music kini mempunyai yang tertinggi dengan 41%, manakala Apple TV tidak jauh di belakang pada 33%.

Kapsyen: Apple mempunyai kedudukan kukuh dengan servis storan iCloud.


Kebanyakan pengguna peranti Apple tidak dapat mengelak akan melanggar had storan 5GB percuma yang ditawar untuk iCloud apabila memuat naik foto dan video mereka disimpan ke dalam awan tersebut.

iCloud adalah penyelesaian storan awan yang paling mudah dan lancar untuk pemilik peranti Apple sehinggakan hampir tiada alternatif pesaing yang mampu mengganggu gugatnya, khususnya terhadap pemilik iPhone.

Storan awan iClod bersaiz 5GB diberikan automatik secara percuma apabila pengguna mendaftar akaun Apple.

Tetapi Apple turut menawarkan sebanyak 5 pilihan servis langganan iCloud+ yang bermula dari saiz 50GB (RM3.90/bulan), 200GB (RM11.90/bulan), 2TB (RM44.90/bulan), 6TB (RM129.90/bulan) dan 12TB (RM269.90//bulan).

Langganan iCloud+ juga menawarkan anda ciri tambahan lain yang hanya tersedia kepada pelanggannya termasuklah menyembunyikan e-mel, domain e-mel tersuai dan sokongan HomeKit Secure Video untuk kamera keselamatan.

{suggest}

Sumber: Apple, CIRP