Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Senarai Kad Kredit/Debit Yang Sokong Google Pay Dan Apple Pay Di Malaysia

Posted on Jun 10, 2024Januari 3, 2025

Apple Pay dan Google Pay merupakan satu servis yang ditawarkan kepada pengguna untuk menyimpan kad bank serta melakukan pembayaran dengan hanya menggunakan peranti sahaja.

Lebih menarik, hampir banyak tempat di Malaysia memberikan pilihan kepada pengguna untuk melakukan pembayaran tanpa sentuh melalui Google Pay atau Apple Pay.

Perlu diingatkan, bagi menggunakan servis tersebut, peranti anda perlu dilengkapi Near Field Communication (NFC) dan tidak semua kad debit/kredit dari bank Malaysia yang menyokong pembayaran ini.

Untuk memudahkan anda, di sini kami senaraikan bank yang menyokong Google Pay dan Apple Pay di Malaysia.

Google Pay

  • AmBank (M) Berhad – Mastercard kredit, Visa kredit
  • Alliance Bank Malaysia Berhad – Visa kredit
  • Bank Muamalat Malaysia Berhad – Visa kredit
  • Boost Bank Berhad – Mastercard debit
  • RHB – Visa kredit, Visa debit
  • CIMB Bank – Mastercard kredit
  • CIMB Islamic Bank Berhad – Mastercard kredit
  • Hong Leong Bank Berhad (HLB) – Mastercard kredit, Visa kredit & debit
  • Hong Leong Islamic Bank – Mastercard debit
  • HSBC Amanah Malaysia Berhad – Mastercard kredit, Visa kredit
  • HSBC Bank Malaysia Berhad – Mastercard kredit, Visa kredit
  • Malayan Banking Berhad – Mastercard kredit & debit, Visa kredit & prabayar
  • Public Bank Berhad – Mastercard kredit & debit, Visa kredit & debit
  • Standard Chartered Bank – Visa kredit, Mastercard kredit
  • Wise – Visa prabayar

Apple Pay

  • AmBank – Mastercard & Visa kredit
  • HSBC – Mastercard & Visa kredit
  • Maybank – American Express, Mastercard and Visa kredit & debit
  • RHB Bank Berhad – Visa kredit & debit
  • Standard Chartered Bank – Mastercard dan Visa kredit
  • Wise – Visa prabayar

Buat masa sekarang, ini sahaja kad bank Malaysia yang menyokong pembayaran Google Pay dan Apple Pay. Kami akan mengemas kini senarai ini apabila ada bank baharu yang menambah sokongan, seperti CIMB untuk Apple Pay.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress