Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kad Debit Ambank Apple Pay_

Kad Debit AmBank Kini Sokong Apple Pay – Ini Cara Tambah Ke Apple Wallet

Diterbitkan April 15, 2026 · Dikemas kini April 15, 2026 oleh Amalina Athman

Pemegang kad Debit Visa AmBank kini boleh menggunakan Apple Pay untuk membuat pembayaran dengan lebih mudah dan selamat menggunakan peranti Apple.

Dengan perkembangan ini, hampir semua kad AmBank dan AmBank Islamic kini menyokong Apple Pay. Ia merangkumi semua kad kredit AmBank dan AmBank Islamic, serta kad Debit Visa AmBank.

Menurut AmBank, kad Kredit UnionPay dan kad Debit Mastercard masih belum disokong buat masa ini.

Melalui Apple Pay, pengguna boleh membuat bayaran di kedai fizikal yang menyokong pembayaran tanpa sentuh (NFC), selain digunakan untuk transaksi dalam aplikasi dan laman web terpilih. Ia juga menawarkan lapisan keselamatan tambahan kerana maklumat kad tidak dikongsi secara langsung ketika pembayaran.

Cara tambah ke Apple Wallet

Sebelum itu, pastikan peranti menjalankan sekurang-kurangnya iOS 26 atau versi lebih baharu bagi menyokong penggunaan Apple Pay untuk kad Debit ini.

Pengguna boleh menambah kad Debit Visa AmBank ke dalam Apple Wallet dengan beberapa langkah mudah melalui salah satu kaedah berikut:

  • Apple Wallet – Buka aplikasi Apple Wallet dan klik butang “+”. Kemudian pilih sama ada “Debit or Credit Card” atau klik logo “AmOnline” di bawah bahagian “From Apps on Your iPhone”. Ikut arahan yang dipaparkan pada skrin untuk melengkapkan proses.
  • Aplikasi AmOnline – Buka aplikasi AmOnline, pergi ke bahagian “Cards” dan pilih kad yang ingin ditambah. Tekan butang “Add to Apple Wallet” dan ikut arahan seterusnya di skrin. Kaedah ini hanya tersedia untuk kad Debit sahaja.

kad Debit Visa AmBank Apple Pay_

Namun begitu, untuk menggunakan kaedah melalui AmOnline, pengguna perlu mengaktifkan ciri AmSecure terlebih dahulu dan menunggu tempoh Cooling-off Period (COP) selama 12 jam sebelum proses penambahan kad boleh dilakukan.

Selepas selesai, kad akan diaktifkan serta-merta dan sedia digunakan dengan Apple Pay.

kad Debit Ambank Apple Pay_3

Dalam pada itu, AmBank turut menawarkan kempen khas untuk pengguna kad Debit Visa yang menggunakan Apple Pay, di mana pengguna berpeluang menikmati pulangan tunai sehingga RM30, tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi AmBank.

Berkaitan

  • Apple Pay Kini Sokong Kad RHB Bank, Ini Cara Tambah Ke Apple Wallet
  • Ini Senarai Kad Kredit/Debit Yang Sokong Google Pay Dan Apple Pay Di Malaysia
  • Beli ‘Game’ PS5 Lebih Mudah Dengan Apple Pay, Kini Tersedia Di Malaysia
  • Hong Leong Bank Kini Sokong Apple Pay - Ini Cara Tambah Kad Ke Apple Wallet
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY