Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad harga

Apple Naikkan Harga Jualan iPad Air, iPad Mini Dan iPad Gen-9

Diterbitkan Oktober 20, 2022 ยท Dikemas kini Oktober 20, 2022 oleh Amalina Athman

Umum mengetahui, Apple melalui siaran akhbar semalam telah memperkenalkan dua produk terkini iPad iaitu iPad Pro baharu dan iPad generasi ke-10.

Berikutan pengumuman itu, Apple telah mengemas kini laman jualan Apple Store, yang memperlihatkan kenaikan harga jualan bagi model iPad mini, iPad Air dan iPad Gen-9.

Berkaitan

  • Apple Umum iPad Pro Baharu - Cip M2, Harga Bermula RM3,899
  • Apple iPad Gen-10 Turut Diumumkan Dengan Cip A14 Bionic, Port USB-C
  • iPadOS 16 Akan Dilepaskan Pada 25 Oktober

Ketika pelancaran, iPad mini generasi keenam diletakkan pada tanda harga permulaan RM2,299. Dengan kemas kini terbaharu, Apple telah menaikkan harga bermula RM2,399 bagi iPad mini dengan storan 64GB.

ipad mini 6

Walaupun iPad Gen-10 telah dilancarkan, Apple masih memberi pilihan kepada pengguna dengan mengekalkan jualan iPad Gen-9. Bagaimanapun, sama seperti iPad mini, ia turut memperlihatkan kemas kini harga bermula RM1,599 berbanding RM1,499 ketika iPad Gen-9 diperkenalkan pada tahun lalu.

ipad gen 9

Sementara itu, iPad Air dengan cip M1 turut memperlihatkan kemas kini dengan kenaikan harga RM2,899 daripada harga asal RM2,699.

iPad Air

Apple tidak menjelaskan kenaikan harga bagi produk berkenaan, namun ia dipercayai berhubung kait dengan inflasi yang semakin tinggi dan kos yang meningkat.

Selain Apple, Nothing juga telah mengumumkan kenaikan harga fon telinga Ear (1) bermula minggu depan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY