Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Peminat Tempatan Dah Boleh Mula Beli iPad Mini Gen 6

Posted on Oktober 7, 2021

Pertengahan September yang lepas, Apple telah pun memperkenalkan iPad mini generasi keenam atau iPad mini Gen 6 yang mana membawa perubahan besar dalam barisan iPad bersaiz kompak.

Disebabkan itu juga, boleh dikatakan ramai juga yang berminat serta berhajat untuk memiliki iPad mini baharu ini. Manakan tidak, tablet mesra di tangan sarat dengan spesifikasi yang baik.

Ia hadir dengan cip pemprosesan Apple A15 Bionic, dwi-pembesar suara stereo, sensor Touch ID, skrin 8.3 inci, rangkaian 5G, sokongan Apple Pencil Gen 2 serta kamera hadapan dengan centre stage dan lain-lain.

Oleh itu, penantian sudah berakhir kerana anda sudah boleh mula membelinya menerusi laman rasmi Apple dengan tanda harga bermula RM2299.

Namun, sekiranya anda mahukan juga tablet Apple dengan harga mampu milik, iPad Gen 9 yang dikemaskini juga sudah mula dijual, iaitu bermula RM1499.

Walau apa pun, anda turut boleh memiliki peranti tersebut dengan pembelian menerusi Apple Education. Tekan pautan INI untuk mengetahui lebih lanjut.

Sumber: Apple

Baca juga:

  • Harga Masih ‘Mampu Milik’ Walaupun Kos iPhone 13 Pro Lebih Tinggi Daripada 12 Pro

  • Dijangka iPhone Tahun Hadapan Hadir Dengan Storan Hingga 2TB

  • Doktor Guna Kamera Makro iPhone 13 Pro Untuk Ambil Gambar Mata Pesakit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress