Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad Air Dikuasakan Cip M1 Dijual Dengan Harga RM2699 Bermula 18 Mac 2022

iPad Air Dikuasakan Cip M1 Dijual Dengan Harga RM2699 Bermula 18 Mac 2022

Diterbitkan Mac 9, 2022 ยท Dikemas kini Mac 9, 2022 oleh Faiz Munir

Apple sebentar tadi telah melancarkan iPad Air baharu yang dikuasakan dengan cip Apple Silicon M1. Cip jenis SoC ini mampu memberi prestasi 60% lebih baik untuk CPU dan juga GPU.

Seperti biasa, skrin yang digunakan adakan Liquid Retina Display dengan mempunyai sokongan warna P3, True Tone dan mempunyai kecerahan sehingga 500 nits.

iPad Air Dikuasakan Cip M1 Dijual Dengan Harga RM2699 Bermula 18 Mac 2022

Juga dilengkapi dengan 12MP lensa ultra lebar swafoto dan semestinya ia menyokong fungsi Centre Stage. Maklumlah, fungsi ini semakin popular untuk barisan iPad.

Untuk sokongan penyambungan pula, iPad Air ini didatangkan dengan bicu USB-C, Pogo Pin untuk sokongan Magic Keyboard dan Smart Keyboard Folio serta magnet pengecasan wayarles untuk Apple Pencil Gen 2.

Apple juga menekankan bawaha produk iPad Air mereka kali ini adalah 100% dibina daripada bahan kitar semula.

iPad Air Dikuasakan Cip M1 Dijual Dengan Harga RM2699 Bermula 18 Mac 2022

iPad Air akan dijual dengan harga bermula RM2699 yang akan dijual bermula 18 Mac 2022, minggu hadapan.

Hadir dengan 5 warna iaitu Space Grey, Starlight, Purple, Pink dan Blue. Untuk varian ada 2 iaitu versi WiFi dan Celular dengan sokongan 5G.

iPad Air Dikuasakan Cip M1 Dijual Dengan Harga RM2699 Bermula 18 Mac 2022

Sumber: Apple

Baca juga:

  • Apple Kenalkan 2 Warna Baharu Untuk iPhone 13 dan 13 Pro
  • Apple iPhone SE Dijana Bionic A15, Sokong 5G Dengan Rekaan Klasik
  • M1 Ultra 8 Kali Ganda Lebih Berkuasa Berbanding M1

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
©2026 WISER.MY