Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPadOS 16 Akan Dilepaskan Pada 25 Oktober

iPadOS 16 Akan Dilepaskan Pada 25 Oktober

Diterbitkan Oktober 19, 2022 oleh Amalina Athman

Tidak seperti tahun sebelumnya, kemas kini iPadOS dan iOS pada tahun ini tidak dilepaskan secara serentak. Sebaliknya, Apple telah menangguhkan iPadOS 16 dan melancarkan iOS 16 terlebih dahulu.

Berkaitan

  • Apple Umum iPad Pro Baharu - Cip M2, Harga Bermula RM3,899
  • Apple iPad Gen-10 Turut Diumumkan Dengan Cip A14 Bionic, Port USB-C

Terkini, Apple mengumumkan iPadOS 16 akan dilepaskan pada 25 Oktober 2022, untuk semua model iPad yang menyokongnya.

iPadOS 16 Akan Dilepaskan Pada 25 Oktober

iPadOS 16 hadir dengan beberapa ciri baharu, termasuk sokongan Stage Manager. Melalui Stage Manager, pengguna iPad kini boleh menetapkan saiz tetingkap, berbilang tetingkap bertindih dalam satu paparan, sokongan paparan luaran secara penuh, akses yang lebih pantas untuk tetingkap serta aplikasi dan sebagainya.

iPadOS 16 Akan Dilepaskan Pada 25 Oktober

Selain Stage Manager, iPadOS 16 juga hadir dengan pelbagai ciri baharu yang dikongsi bersama iOS 16, termasuk ciri iCloud Shared Photo Library, menambah aplikasi Weather serta mempunyai keupayaan untuk menyunting iMessage.

Berikut adalah senarai iPad yang menyokong iPadOS 16:

  • semua model iPad Pro.
  • iPad Air generasi ke-3 dan terbaharu,
  • iPad generasi ke-5 dan terbaharu.
  • iPad mini generasi ke-5 dan terbaharu. 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY