Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nothing ear_1

Harga Nothing Ear (1) Akan Dinaikkan 50% Bermula Minggu Depan

Diterbitkan Oktober 19, 2022 oleh Amalina Athman

Pengasas Nothing, Carl Pei telah mengumumkan harga fon telinga Nothing Ear (1) akan dinaikkan bermula 26 Oktober 2022.

Melalui ciapan di Twitter, Pei menyatakan Ear (1) yang ketika ini berharga $99 (RM499 untuk pasaran Malaysia), akan dinaikkan kepada $149 atau sekitar RM703, yang mana ia adalah 50% lebih tinggi berbanding harga ketika pelancarannya.

Berkaitan

  • Nothing Ear (stick) Akan Dilancarkan Pada Hujung Bulan Ini

Carl Pei menjelaskan kenaikan harga itu disebabkan peningkatan kos pembuatan fon telinga tersebut, termasuk bayaran kepada 185 jurutera yang bekerja di Nothing, selepas pelancaran Ear (1).

Tambahan pula, inflasi yang semakin meningkat dan nilai mata wang yang lemah mungkin memainkan peranan besar dalam kenaikan harga produk itu.

On October 26, we'll be raising the prices for Ear (1) to $149 due to an increase in costs. pic.twitter.com/jJDlaXzzJ6

— Carl Pei (@getpeid) October 18, 2022

Dalam pada itu, Pei turut memaklumkan sehingga kini Ear (1) telah terjual hampir 600,000 unit untuk pasaran global.

Selain kenaikan harga Ear (1), Nothing dijadual bakal melangsungkan acara pelancaran Nothing Ear (stick) pada tarikh yang sama.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY