Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 16 pro

Apple Dilaporkan Teroka Pengeluaran iPhone Di Indonesia

Diterbitkan Februari 12, 2025 ยท Dikemas kini Februari 12, 2025 oleh ariff bukhari

Berita yang mungkin akan mengejutkan para peminat telefon pintar, khususnya peminat iPhone.

Ia ekoran laporan terkini oleh Nikkei Asia yang melaporkan pembekal Apple sedang mengambil langkah yang memungkinkan iPhone berpotensi dikeluarkan di Indonesia.

Langkah itu dilihat dilihat sebagai usaha berterusan gergasi teknologi A.S. itu untuk menyejukkan hati Kerajaan Indonesia yang telah bertindak melarang penjualan model terbaru iPhone mereka di dalam negara tersebut.

Apple dilaporkan masih tidak berputus asa meneruskan rundingan dengan Kerajaan Indonesa bagi membatalkan larangan penjualan iPhone 16.

Jika langkah ini menjadi kenyataan, ia akan menandakan pengeluaran iPhone yang pertama di Indonesia.

Selain itu, ia juga akan memberi dorongan besar kepada usaha Indonesia untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan industri pembuatan teknologinya, memandangkan rantaian bekalan iPhone dianggap antara yang paling canggih dalam industri elektronik pengguna.

Apple sebelum ini telah dilaporkan cuba memujuk Indonesia dengan menawarkan pelaburan bernilai USD1 bilion, tapi tawaran itu ditolak kerana menganggap nilai pelaburan itu sebagai kecil.

Berkaitan

  • Indonesia Mahu Pelaburan Lebih Besar Untuk Tarik Larangan Jualan iPhone 16
  • Jualan iPhone 16 Masih Dihalang Di Indonesia, Ini Sebabnya
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G

Sumber: Nikkei Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY