Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 Pro_wiser

“Angka Pelaburan $1 Bilion Itu Kecil, Tidak Mencukupi” – Menteri Perindustrian Indonesia

Diterbitkan Januari 8, 2025 ยท Dikemas kini Januari 8, 2025 oleh Amalina Athman

Apple kini memulakan rundingan mengenai rancangan pelaburan di Indonesia, yang merupakan prasyarat untuk penjualan iPhone 16 terbarunya di pasaran terbesar Asia Tenggara itu.

Sebelum ini, Apple dilapor akan melabur AS$1 bilion atau kira-kira RM4.5 bilion di Indonesia.

Walau bagaimanapun, Menteri Perindustrian Indonesia Agus Gumiwang Kartasasmita baru-baru ini berkata angka itu dianggap masih kecil dan tidak setanding dengan nilai jualan iPhone di Indonesia yang mencecah Rp32 trilion (~RM8.9 bilion) pada 2023.

Jika ia bernilai $1 bilion, ia tidak mencukupi…Angka $1 bilion adalah kecil jika dibandingkan dengan jumlah jualan di Indonesia.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan Indonesia akan menggalakkan Apple untuk meningkatkan komitmen pelaburannya semasa rundingan tersebut.

Kami tidak menetapkan sebarang tempoh masa untuk mencapai perjanjian, tetapi kami telah menetapkan sasaran untuk kandungan perjanjian tersebut. Rundingan ini tidak akan mudah kerana Apple pastinya mahukan keuntungan besar. Bagaimanapun, kami akan memastikan kepentingan Indonesia dikekalkan.

Mengulas lanjut, Agus berkata terdapat empat prinsip keadilan yang menjadi keutamaan dalam pelaburan itu, termasuk membandingkan pelaburan Apple di negara lain dan penciptaan peluang pekerjaan.

Ketika ini, Apple tidak mempunyai kemudahan pembuatan di Indonesia, sebuah pasaran dengan lebih 280 juta penduduk. Namun, sejak 2018, syarikat itu telah menubuhkan akademi pembangun aplikasi, yang membolehkannya menjual model-model lama.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • $100 Juta Tak Cukup, Indonesia Jangka $1 Bilion Pelaburan Daripada Apple
  • Indonesia Rancang Bina 20 Loji Nuklear Bermula Dari 2028
  • Honor Masuki Pasaran Indonesia, Sasar Segmen Pertengahan Dan Premium Dikuasai Samsung Dan Apple

Sumber: Indonesia Business Post, Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
©2026 WISER.MY