Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 16_wiser

Indonesia Mahu Pelaburan Lebih Besar Untuk Tarik Larangan Jualan iPhone 16

Diterbitkan November 25, 2024 · Dikemas kini November 25, 2024 oleh Amalina Athman

Kementerian Perindustrian Indonesia menjangkakan Apple akan melabur melebihi $100 juta sebelum mempertimbangkan untuk menarik balik larangan penjualan iPhone 16 di negara itu.

Jurucakap kementerian Febri Hendri Antoni Arif berkata “dari perspektif kerajaan, sudah tentu kami mahu pelaburan ini lebih besar”.

Menurutnya, pelaburan yang lebih besar akan mempermudahkan pembangunan sektor pembuatan domestik Indonesia, sekali gus membantu negara itu menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global Apple.

Beliau juga menyatakan bahawa industri domestik Indonesia mampu memenuhi keperluan Apple untuk sokongan peranti, seperti pengecas dan aksesori.

Walaupun kami belum dapat menghasilkan semikonduktor, jika Apple memerlukannya, mereka boleh mendapatkan komponen daripada pembekal domestik. Sudah tentu, kami tidak sabar untuk menyokong ini. Ini akan mewujudkan kesan berganda, terutamanya dari segi penyerapan tenaga kerja di Indonesia.

Untuk rekod, Apple telah meningkatkan tawaran kepada $100 juta berbanding $10 juta yang dicadangkan pada awal bulan ini. Pelaburan itu merangkumi rancangan untuk membangunkan kemudahan penyelidikan dan pembangunan, serta akademi pembangun di Bali dan Jakarta dalam tempoh dua tahun.

Rundingan ini berlaku selepas Indonesia melarang penjualan iPhone 16 atas alasan Apple belum memenuhi syarat 40% kandungan tempatan untuk telefon pintar.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Menteri Indonesia Jelaskan Sebab iPhone 16 Belum Dijual Di Negara Itu
  • Apple Cadang Labur Sekitar RM43 Juta Untuk Bolehkan Jualan iPhone 16 Di Indonesia
  • Apple Dilapor Akan Tingkatkan Pelaburan Kepada $100 Juta Di Indonesia

Sumber: ANTARA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
©2026 WISER.MY