Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
APPLE COMPANY

Apple Dilapor Tangguh Rancangan Beli Cip Memori Daripada YMTC

Diterbitkan Oktober 17, 2022 oleh Amalina Athman

Apple kini dilapor telah menangguhkan rancangan untuk menggunakan cip memori daripada syarikat China, Yangtze Memory Technologies Co (YMTC) dalam produknya, selepas Washington mengenakan kawalan eksport yang lebih ketat terhadap syarikat teknologi China.

Menurut Nikkei Asia, Apple pada asalnya merancang untuk menggunakan cip memori NAND daripada YMTC seawal tahun hadapan, dengan rancangan penggunaan cip YMTC untuk iPhone yang dijual di pasaran China. Syarikat itu juga dikatakan mempertimbang pembelian cip YMTC sehingga 40% daripada jumlah cip yang diperlukan untuk semua iPhone.

Berkaitan

  • Apple Didakwa 'Bermain Dengan Api' Jika Ingin Gunakan Cip Dari Syarikat China Ini
  • Kuo: Apple Mungkin Akan Memperluas Pengeluaran MacBook Ke Thailand
  • Berterusan Jual iPhone Tanpa Pengecas, Apple Sekali Lagi Didenda Di Brazil

Sementara itu, penganalisis berpendapat YMTC adalah antara syarikat yang lebih kecil, yang menyediakan cip memori kepada Apple dan melihat perkara ini hanya sedikit atau mungkin langsung tidak menjejaskan Apple.

Bagaimanapun, implikasi yang lebih besar ialah ia mengehadkan Apple daripada berpotensi untuk mempelbagaikan lagi pangkalan pembekalnya.

Terdahulu, Amerika Syarikat baru-baru ini telah menyenaraikan pengeluar cip memori YMTC dan 30 entiti China lain ke dalam senarai syarikat “tidak disahkan”, yang tidak dapat diperiksa oleh pegawai AS.

Buat masa ini, pihak Apple dan YMTC masing-masing tidak memberikan sebarang komen berhubung isu berkenaan.

Gambar utama: SlashGear

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY