Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Didakwa ‘Bermain Dengan Api’ Jika Ingin Gunakan Cip Dari Syarikat China Ini

Apple Didakwa ‘Bermain Dengan Api’ Jika Ingin Gunakan Cip Dari Syarikat China Ini

Diterbitkan September 10, 2022 oleh Amalina Athman

Penggubal undang-undang Amerika Syarikat kini dilaporkan telah memberi amaran kepada Apple, di mana syarikat itu mungkin akan disiasat jika menggunakan cip memori daripada syarikat semikonduktor Yangtze Memory Technologies Co (YMTC) di China untuk iPhone 14 yang baru dilancarkan.

Memetik laporan Financial Times, tindakan itu diambil susulan bimbang dengan laporan media yang menyatakan bahawa Apple akan menambah YMTC dalam senarai pembekal bagi cip Nand yang digunakan untuk menyimpan data pada telefon pintar.

Berkaitan

  • Siri iPhone 14 Pro - Berakhirnya Takuk, Satu-Satunya Dengan 'Always-On-Display'
  • iPhone 14 Dan iPhone 14 Plus Kini Rasmi, Dijana Cip Pemproses A15 Bionic
  • Apple Buang Slot SIM Fizikal Bagi Model iPhone 14 Di Amerika Syarikat
  • Pra Tempah iPhone 14 Dibuka Bermula 16 September, Ini Senarai Harga

Naib Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Senat Republikan, Marco Rubio mengatakan “Apple sedang bermain dengan api” kerana syarikat itu tahu risiko keselamatan yang ditimbulkan oleh YMTC. Pihaknya tidak boleh membenarkan YMTC yang didakwa terikat dengan parti Komunis dan ketenteraan berada dalam rangkaian telekomunikasi dan berjuta-juta iPhone di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, Apple menjelaskan mereka tidak menggunakan cip YMTC dalam mana-mana produk, sebaliknya berkata pihaknya “menilai sumber daripada YMTC untuk cip Nand bagi digunakan dalam beberapa iPhone yang dijual di China”.

Malah, dinyatakan Apple tidak mempertimbangkan untuk menggunakan cip YMTC dalam telefon yang dijual selain dari pasaran China. Sebagai tambahan, Apple memaklumkan semua data pengguna yang disimpan pada cip Nand yang digunakan oleh syarikat itu “disulitkan sepenuhnya”.

Sumber: Financial Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY