Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MACBOOK_featured image

Apple Dilapor Pertimbang Mac Dengan Sokongan Selular

Diterbitkan Disember 9, 2024 · Dikemas kini Disember 9, 2024 oleh Amalina Athman

Apple sedang mempertimbangkan untuk memperkenal sambungan selular pada Mac, menurut laporan Mark Gurman dari Bloomberg.

Syarikat itu dikatakan sedang “menyelidik idea untuk membawa sambungan selular ke Mac buat pertama kali” sebagai sebahagian daripada rancangan peralihan kepada cip modemnya sendiri.

Ini bermakna, pengguna Mac kelak mungkin tidak lagi perlu bergantung pada Wi-Fi untuk melayari internet. Sehingga kini, keupayaan tersebut hanya terdapat pada iPhone, Apple Watch dan iPad.

Namun, sambungan selular tidak mungkin diperkenalkan pada Mac sebelum 2026, di mana Apple merancang modem generasi kedua yang menyokong kelajuan lebih pantas.

Selain Mac, Apple juga merancang untuk memperkenalkan sokongan selular pada set kepala, termasuk model Vision Pro. Akan datang, teknologi itu berkemungkinan turut digunakan pada kaca mata AR (augmented reality) yang ringan.

Berbalik kepada konteks, Mac dengan sambungan selular telah lama menjadi bualan, dan pada 2008, Apple pernah mempertimbangkan untuk menambah cip modem pada MacBook Air.

Namun, CEO ketika itu, Steve Jobs, menyatakan bahawa Apple memutuskan untuk tidak melakukannya kerana cip modem tersebut akan ‘memakan’ ruang yang banyak untuk binaannya dan akan mengikat pelanggan kepada pembekal rangkaian tertentu.

Walau bagaimanapun, dengan teknologi yang semakin berkembang pesat, tidak mustahil ia boleh dibangunkan tidak lama lagi.

Berkaitan

  • MacBook Pro Kini Dilengkapi Cip M4 Pro Dan M4 Max, Harga Bermula RM8,499
  • Skrin MacBook Pro M4 Diam-Diam Dinaik Taraf, Ini Sebab Baru Sekarang Apple Gunakannya
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • iPhone SE 4 Dijangka Lancar Pada Mac

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY