Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Skrin MacBook Pro M4 Diam-Diam Dinaik Taraf, Ini Sebab Baru Sekarang Apple Gunakannya

Skrin MacBook Pro M4 Diam-Diam Dinaik Taraf, Ini Sebab Baru Sekarang Apple Gunakannya

Diterbitkan November 18, 2024 · Dikemas kini November 18, 2024 oleh ariff bukhari

Apple telah pun melancarkan komputer riba terbaru mereka, MacBook Pro dengan cip M4 terbaru yang lebih berkuasa.

Tapi sebenarnya Apple diam-diam turut menaik taraf skrin MacBook Pro M4 dengan paparan yang lebih baik.

Siri MacBook Pro dengan pemproses M terdahulu menggunakan filem fosfor KSF merah untuk membolehkan lampu latar miniLED menghasilkan gamut warna yang lebih luas daripada yang biasa.

Filem ini juga sangat cekap, tetapi terdapat filem yang lebih baik tersedia, yang dikenali sebagai titik kuantum (QD).

Penganalisis paparan Ross Young melaporkan bahawa Apple secara senyap-senyap memperkenalkan ini kepada MacBook Pro M4.

Menurut Ross Young, penggunaaan paparan dengan teknologi titik kuantum pada MacBook Pro M4 terbaru ini memberikan Gamut warna yang lebih baik dan prestasi gerakan (motion) yang lebih baik.

Beliau turut menjelaskan, sebab Apple tidak melakukannya sebelum ini adalah disebabkan oleh gabungan kecekapan yang agak lemah dan hakikat bahawa QD generasi terdahulu mengandungi kadmium.

Sejak 2015 lagi, Apple telah menyatakan bahawa mereka tidak mahu menggunakan kadmium.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan unsur itu sebagai karsinogen ( agen yang meng­akibatkan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup) manusia, dan berisiko untuk mengitar semula atau melupuskan elektronik yang mengandungi logam tersebut.

Kadmium adalah bahan yang boleh memberi kesan toksik pada buah pinggang serta sistem rangka dan pernafasan.

Ia diklasifikasikan sebagai karsinogen manusia yang biasanya terdapat dalam persekitaran pada tahap rendah.

Walau bagaimanapun, aktiviti manusia telah meningkatkan tahapnya dalam alam sekitar sekali gus pengguna terdedah, khususnya kepada kanak-kanak termasuk pelupusan dan kitar semula sisa elektronik dan elektrik.

Buat masa ini MacBook Pro M4 belum tiba di pasaran Malaysia, tapi ia akan dijangka tiba sedikit masa lagi dengan harga jualannya bermula dari RM6,999.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • MacBook Pro Kini Dilengkapi Cip M4 Pro Dan M4 Max, Harga Bermula RM8,499
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY