Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple ID

Apple Dilapor Mahu Jenamakan Semula ‘Apple ID’

Diterbitkan Februari 29, 2024 · Dikemas kini Februari 29, 2024 oleh Amalina Athman

Apple dilapor dalam perancangan untuk menjenamakan semula Apple ID kepada “Apple Account”.

MacRumors melalui sumbernya memberitahu bahawa Apple sedang bereksperimen dengan nama Apple Account, dan berkemungkinan akan diperkenalkan pada tahun ini.

Berkaitan

  • Apple Dilapor Batalkan Projek Apple Car, Pekerja Dipindah Dan Diberhentikan
  • Apple Akan "Buat Penemuan Baru" Dalam AI Generatif Tahun Ini - Tim Cook

Penjenamaan semula daripada ‌Apple ID‌ kepada Apple Account dijangka berlaku kemudian pada tahun ini, mungkin bersama pelancaran iOS 18 dan macOS 15.

Seperti diketahui, Apple ID merupakan akaun yang membolehkan pengguna Apple mengakses perkhidmatan seperti iCloud dan App Store.

Dengan ‌Apple ID‌, pengguna boleh membeli aplikasi di App Store, sync data antara peranti menggunakan iCloud serta membuat pembelian produk di Apple Store dalam talian.

Ketika ini, tidak jelas mengapa Apple dilapor mempertimbangkan perubahan itu. Bagaimanapun, perlu diketahui Apple selalunya mempunyai berbilang nama pemasaran sebelum perkhidmatan atau produk baharu dilancarkan.

Sebagai contoh, Apple menggunakan tiga nama berbeza dalam ujian dalaman bagi sistem operasi Vision Pro – realitiOS, xrOS dan visionOS.

Dengan itu, terdapat kemungkinan bahawa penjenamaan Apple Account tidak akan membuahkan hasil.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY