Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Akan “Buat Penemuan Baru” Dalam AI Generatif Tahun Ini – Tim Cook

Apple Akan “Buat Penemuan Baru” Dalam AI Generatif Tahun Ini – Tim Cook

Diterbitkan Februari 29, 2024 · Dikemas kini Februari 29, 2024 oleh Amalina Athman

Dalam mesyuarat agung tahunan yang diadakan secara maya pada hari ini, CEO Apple Tim Cook sekali lagi mengulas mengenai rancangan syarikat itu dalam teknologi kecerdasan buatan (AI).

Berkaitan

  • Gurman: iOS 18 Dijangka Terima Kemas Kini Terbesar Dalam Sejarah iPhone
  • Apple Dilapor Batalkan Projek Apple Car, Pekerja Dipindah Dan Diberhentikan
  • Ura-Ura: Ini Mungkin Senarai iPhone Yang Menyokong iOS 18

Cook berkata, beliau akan berkongsi bagaimana Apple bakal “membuat penemuan baru” dalam AI generatif pada tahun ini.

Later this year, I look forward to sharing with you the ways we will break new ground in generative AI, another technology we believe can redefine the future,

Sehingga kini, Apple belum memperkenalkan produk yang boleh menyaingi model seperti OpenAI GPT atau Google Gemini, tetapi Cook telah beberapa kali membuat kenyataan mengenai langkahnya ke arah itu.

$AAPL

COOK: APPLE WILL "BREAK NEW GROUND" IN GENERATIVE AI THIS YEAR

— *Walter Bloomberg (@DeItaone) February 28, 2024

Pada November lalu, Cook berkata Apple “melabur sedikit” dalam AI dan pada Februari, beliau berkata bahawa syarikat itu menghabiskan banyak masa dan usaha untuk AI, dengan lebih banyak butiran lanjut akan dikongsikan kemudian.

Pelbagai khabar angin mengatakan bahawa Apple akan menambah ciri AI generatif baharu dalam iOS 18, dengan rancangan untuk menggunakan AI bagi meningkatkan keupayaan aplikasi iOS terbina.

Terdahulu, Apple juga dilapor telah membatalkan projek kenderaan elektrik (EV) dan akan memindahkan sejumlah pekerja dalam pasukan itu ke bahagian AI untuk memberi tumpuan kepada projek AI generatif.

Berbalik kepada konteks, mesyuarat tahunan itu turut membincangkan mengenai beberapa perkara.

Seperti dilaporkan Bloomberg, pemegang saham Apple telah menolak cadangan yang akan memaksa syarikat itu menghasilkan laporan ketelusan AI, dengan butiran sama ada AI digunakan secara beretika.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY