Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Dijangka Umum MacBook Air M4 Seawal Minggu Ini

Apple Dijangka Umum MacBook Air M4 Seawal Minggu Ini

Diterbitkan Mac 3, 2025 · Dikemas kini Mac 3, 2025 oleh Amalina Athman

Dengan pelancaran rasmi iPhone 16e di pasaran, perhatian nampaknya kini beralih kepada pengumuman produk seterusnya.

Dalam perkembangan terkini, Apple dilaporkan merancang untuk memperkenalkan model baharu MacBook Air yang dilengkapi cip M4 “seawal minggu ini”.

Menurut Mark Gurman dari Bloomberg, stok sedia ada semakin berkurang dan Apple kini dalam persiapan untuk pengumuman berkaitan Mac dalam tempoh terdekat.

I expect the M4 MacBook Air to be introduced as early as this week. Inventory has significantly wound down and Apple is preparing a Mac-related announcement in the next few days. iPads are seeing shortages but are probably not launching until later. https://t.co/mbRLNzl4AC

— Mark Gurman (@markgurman) March 2, 2025

Sebagai rujukan, Apple pada Oktober lalu telah mengemas kini MacBook Pro, iMac dan Mac mini dengan cip M4. Dalam bulan yang sama, Apple turut meningkatkan kapasiti RAM minimum bagi semua model MacBook Air daripada 8GB kepada 16GB.

Bagi model MacBook Air baharu, ia dijangka menerima naik taraf cip M4 dengan 10-teras CPU dan 10-teras GPU serta kamera 12MP yang menyokong Center Stage – ciri yang secara automatik memastikan pengguna sentiasa berada di tengah bingkai semasa panggilan video.

Selain itu, Apple berkemungkinan besar akan menawarkan pilihan skrin nanotexture untuk mengurangkan silau serta penambahbaikan ketahanan bateri.

Berkaitan

  • MacBook Pro Kini Dilengkapi Cip M4 Pro Dan M4 Max, Harga Bermula RM8,499
  • MacBook Air Dikemas Kini Dengan RAM Minimum 16GB, Harga Permulaan RM4,499
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Skrin MacBook Pro M4 Diam-Diam Dinaik Taraf, Ini Sebab Baru Sekarang Apple Gunakannya

Sumber: MacRumors

Gambar utama: MacBook Air M3/Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY