Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook Air

MacBook Air Dikemas Kini Dengan RAM Minimum 16GB, Harga Permulaan RM4,499

Diterbitkan Oktober 31, 2024 · Dikemas kini Oktober 31, 2024 oleh Amsyar Latif

Apple hari ini telah melancarkan MacBook Pro dengan cip M4. Bukan itu sahaja, kita pun sudah melihat yang barisan komputer Mac kini ditawarkan memori permulaan 16GB RAM. Oleh yang demikian, model komputer riba popular Apple, iaitu MacBook Air juga menerima kemas kini.

Walaupun tiada MacBook Air dengan pemproses M4, ia kini hadir dengan memori minimum 16GB RAM. Ini termasuk MacBook Air M2, MacBook Air M3 13 inci dan 15 inci.

Harga untuk MacBook Air M2 adalah bermula RM4,499. Sementara, MacBook Air M3 13 inci bermula RM4,999 dan model 15 inci pula bermula RM5,999.

Selain daripada perubahan memori, spesifikasi MacBook Air masih lagi sama seperti terdahulu. Menerusi pengumuman ini, MacBook Air M1 dengan memori 8GB dijangka menerima penurunan harga ketara, terutama untuk segmen terpakai.

Tambahan lagi, bermula minggu ini juga, tiada lagi komputer Apple dengan memori 8GB RAM di mana ia kelihatan sudah lagi tidak relevan pada masa sekarang.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penyelidik Korea Selatan Dakwa, Straw Kertas Tidak Lebih Mesra Alam Berbanding Straw Plastik
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
©2026 WISER.MY