Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sim tray iPhone_wiser

Apple Dijangka Hapus Slot Kad SIM Di Lebih Banyak Negara Tahun Depan

Diterbitkan November 26, 2024 ยท Dikemas kini November 26, 2024 oleh Amalina Athman

Apple merancang untuk menghapuskan slot kad SIM fizikal pada iPhone di lebih banyak pasaran pada tahun depan, menurut laporan The Information.

Di Amerika Syarikat, semua model iPhone 14 hingga iPhone 16 tidak lagi mempunyai slot SIM fizikal. Sebaliknya, ia bergantung sepenuhnya kepada teknologi eSIM.

Sehingga kini, Apple masih belum melancarkan iPhone tanpa slot kad SIM di luar pasaran AS. Bagaimanapun, perubahan ini dijangka akan diperluaskan ke pasaran lain bermula dengan pelancaran siri iPhone 17 pada September tahun depan.

Malah, laporan The Information turut menyebut bahawa semua prototaip semasa “iPhone 17 Air” tidak mempunyai slot kad SIM, yang mungkin akan mempengaruhi jualan di China kerana negara itu belum meluluskan penggunaan eSIM pada telefon pintar.

Terdahulu, apabila siri iPhone 14 dilancarkan pada 2022, Apple mempromosikan eSIM sebagai lebih selamat berbanding kad SIM fizikal kerana ia tidak boleh dikeluarkan daripada iPhone yang hilang atau dicuri.

Selain itu, pengguna juga boleh memasang lapan atau lebih eSIM pada iPhone serta menggunakan dua nombor telefon secara serentak – sama ada 2 eSIM atau 1 eSIM+ 1 SIM fizikal.

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • iPhone 17 'Air' Dikhabarkan Lebih Nipis Daripada iPhone 6
  • Cara Dapatkan eSIM Hotlink Prepaid Baharu Serta-Merta, Hanya Guna Aplikasi
  • iPhone 17 Pro Dilapor Akan Hadir Dengan Binaan Aluminium

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY