Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple, iPhone 17, AFP

Apple Diarah Bayar ~RM190 Juta Kepada Pengendali Rangkaian Mudah Alih Perancis

Diterbitkan Oktober 29, 2025 · Dikemas kini Oktober 29, 2025 oleh ariff bukhari

Sebuah mahkamah di Perancis telah mengarahkan Apple membayar kira-kira 39 juta euro (~RM190 juta) kepada beberapa pengendali rangkaian mudah alih selepas didapati mengenakan syarat kontrak yang tidak adil bagi membolehkan mereka menjual iPhone.

Mahkamah perdagangan Paris turut mendenda Apple sebanyak 8 juta euro dalam keputusan yang dikeluarkan awal bulan ini.

Apple memberitahu AFP bahawa syarikat itu akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut, yang melibatkan kontraknya dengan pengendali rangkaian utama Perancis lebih sedekad lalu, selepas pihak berkuasa persaingan dan perlindungan pengguna Perancis (DGCCRF) menyiasat syarat yang dikenakan oleh gergasi teknologi AS itu.

Mahkamah mendapati Apple mengenakan klausa yang memaksa pengendali menjual sejumlah unit iPhone tertentu serta menetapkan harga jualan runcit mereka.

Selain itu, Apple turut mengawal penggunaan produk dan tanda dagangannya dalam iklan oleh pengendali, serta menggunakan paten milik pengendali secara percuma tanpa balasan, menurut keputusan mahkamah tersebut.

Mahkamah turut membatalkan kesemua klausa kontrak yang dipersoalkan itu.

Walaupun Apple telah mengemukakan rayuan, keputusan mahkamah tetap perlu dilaksanakan sementara menunggu hasil rayuan, bermakna syarikat itu mesti memindahkan bayaran pampasan kepada tiga daripada empat pengendali utama di Perancis, iaitu Bouygues Telecom, Free, dan SFR. – AFP

Berkaitan

  • Apple Rayu Denda RM2.55 Bilion Oleh EU, Tegaskan Perubahan Tidak Baik Untuk Pengguna
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Apple Kalah Saman Di UK, Didapati Salah Kenakan Komisen Berlebihan Pada Pembangun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC
  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
©2026 WISER.MY