Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Rayu Denda RM2.55 Bilion Oleh EU, Tegaskan Perubahan Tidak Baik Untuk Pengguna

Apple Rayu Denda RM2.55 Bilion Oleh EU, Tegaskan Perubahan Tidak Baik Untuk Pengguna

Diterbitkan Julai 8, 2025 oleh ariff bukhari

Apple telah memfailkan rayuan terhadap denda sebanyak 500 juta euro (~RM2.55 bilion) yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah (EU) kerana melanggar peraturan persaingan digital.

EU mendenda Apple pada April lalu kerana menghalang pembangun aplikasi daripada memaklumkan pengguna tentang tawaran yang lebih murah di luar App Store.

Apple menyifatkan keputusan EU itu sebagai melampaui undang-undang, dan mendakwa perubahan yang dipaksa ke atas mereka adalah “mengelirukan untuk pembangun dan tidak baik untuk pengguna.”

Sebelum ini, Apple telah membuat perubahan kepada peraturan pembayaran App Store di Eropah bagi mengelakkan denda harian yang tinggi, termasuk membenarkan pembangun menawarkan pilihan pembayaran lain terus kepada pengguna dalam aplikasi mereka.

Namun, EU masih menilai sama ada perubahan itu mencukupi atau tidak.

Apple terus mengkritik Akta Pasaran Digital EU dan menyatakan bahawa mereka terpaksa patuh kepada polisi kerana diancam dengan penalti besar.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Tinjauan Dedah 5 Punca Utama Pengguna iPhone Memandang Rendah Telefon Android
  • Bukan Saja-Saja, Logo Apple Pada iPhone 17 Pro Mungkin Lebih Ke Bawah Sebab Ini

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY