Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
X Android_01

Aplikasi X Untuk Android Dibangunkan Semula Dari Awal – Versi Baru Kini Lebih Pantas, Lancar

Diterbitkan Julai 21, 2026 ยท Dikemas kini Julai 21, 2026 oleh Amalina Athman

X kini memperkenalkan aplikasi Android yang dibangunkan semula dari awal selepas hampir setahun melalui proses pembangunan. Versi baharu ini hadir dengan beberapa penambahbaikan untuk pemuatan aplikasi, kelancaran menatal dan sistem notifikasi.

We've completely rebuilt the Android X app from the ground up.

It's faster, smoother, and more reliable than the old version in every way. We modernized the foundation so everything just feels better: scrolling, loading, notifications, you name it.pic.twitter.com/ULlSwiIlvV

— Engineering (@Engineering) July 20, 2026

Versi baharu ini bukan sekadar menerima kemas kini biasa, sebaliknya dibina semula sepenuhnya dengan struktur baharu. Langkah itu dilakukan selepas syarikat mendapati pengalaman penggunaan X di Android sebelum ini tidak setanding dengan versi iOS.

Usaha tersebut bermula sekitar setahun lalu apabila Ketua Produk X, Nikita Bier, memaklumkan syarikat itu sedang membentuk Android Dream Team untuk memperbaiki pengalaman pengguna di platform berkenaan.

Dengan versi baharu ini, Bier berkata aplikasi X Android kini lebih pantas, lebih lancar dan lebih stabil. Lebih penting, asas baharu itu membolehkan X membangunkan serta melancarkan ciri baharu dengan lebih cepat pada masa akan datang.

Today we're announcing the completion of one of the largest engineering projects in the company's history:

We rebuilt the X Android app from scratch

It's faster, smoother and more reliable. But most of all: it will enable us to build new features at lightning speed. pic.twitter.com/N6X2X5CEft

— Nikita Bier (@nikitabier) July 20, 2026

Walaupun versi baharu ini sudah dilancarkan, X masih mempunyai beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan. Nikita Bier berkata pasukannya sedang berusaha untuk menambah ciri seperti sokongan untuk Spaces serta meningkatkan prestasi aplikasi pada peranti Android lama.

Beliau turut menggalakkan pengguna berkongsi maklum balas sekiranya menemui sebarang masalah atau pepijat ketika menggunakan aplikasi tersebut.

Pengguna Android kini boleh mendapatkan versi baharu aplikasi X dengan mengemas kini aplikasi sedia ada melalui Google Play Store.

Berkaitan

  • OpenAI Dilapor Sedang Bangunkan Rangkaian Sosial Seakan Platform X
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Pengguna Perlu Muat Naik Dokumen Rasmi Untuk Pengesahan Umur Di Platform Media Sosial

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY