Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Photos iPhone (1)

Aplikasi Photos Dalam iOS 27 Dijangka Terima Ciri Suntingan Baharu Berasaskan AI

Diterbitkan April 29, 2026 · Dikemas kini April 29, 2026 oleh Amalina Athman

Apple dilaporkan akan menambah ciri suntingan foto berasaskan Apple Intelligence ke dalam aplikasi Photos menerusi iOS 27, iPadOS 27 dan macOS 27.

Menurut laporan Bloomberg, aplikasi Photos akan menyertakan bahagian khas “Apple Intelligence Tools”. Melalui menu ini, pengguna dikatakan akan diberikan tiga pilihan utama untuk mengubah foto dengan lebih pantas.

Fungsi “Extend” membolehkan pengguna menambah kandungan imej di luar bingkai asal, contohnya melengkapkan latar belakang yang tidak dirakam sepenuhnya. “Enhance” pula berfungsi menambah baik kualiti imej secara automatik seperti pencahayaan dan warna, manakala “Reframe” membolehkan pelarasan perspektif bagi foto spatial.

Namun begitu, pembangunan ciri suntingan ini dilaporkan tidak berjalan lancar sepenuhnya. Fungsi Extend dan Reframe didapati belum cukup stabil dalam ujian dalaman, yang berpotensi menyebabkan Apple menangguhkan atau mengehadkan pelaksanaannya.

Malah, Clean Up yang diperkenalkan sebelum ini juga masih mempunyai beberapa kekangan walaupun sudah lebih setahun setengah dilancarkan.

Maklumat lanjut mengenai ciri iOS 27, termasuk kemas kini Siri, dijangka akan dikongsi pada acara WWDC 2026 yang dijadual berlangsung pada 8 Jun 2026.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Ura-Ura: Empat Model iPhone Mungkin Tidak Lagi Terima Sokongan iOS 27
  • Google Sahkan Siri Dikuasakan Gemini Akan Tiba Hujung Tahun Ini
  • Apple Perkenal Langganan Bulanan Dengan Komitmen 12 Bulan Di App Store

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY