Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenClaw_01 (1)

Aplikasi OpenClaw Kini Tersedia Di Peranti iOS, Android

Diterbitkan Jun 30, 2026 ยท Dikemas kini Jun 30, 2026 oleh Amalina Athman

OpenClaw, ejen AI sumber terbuka (open source) yang dihoskan sendiri (self-hosted), kini memperluaskan penggunaannya ke telefon pintar menerusi pelancaran aplikasi rasmi untuk Android dan iOS.

Aplikasi ini berfungsi bersama OpenClaw Gateway yang dijalankan pada komputer milik pengguna. Gateway tersebut bertindak sebagai hab utama yang menghubungkan model AI dengan peranti mudah alih bagi membolehkan pengguna berinteraksi dengan ejen AI dari mana-mana sahaja.

Untuk menggunakannya, pengguna perlu memasang dan menjalankan OpenClaw Gateway pada komputer terlebih dahulu sebelum memautkannya ke aplikasi menggunakan kod QR atau kod persediaan. Gateway itu juga boleh dihubungkan dengan model AI daripada pelbagai penyedia seperti Claude, OpenAI, Gemini dan lain-lain melalui API masing-masing.

OpenClaw iOS

Selepas disambungkan, pengguna boleh bersembang dengan ejen AI melalui telefon pintar, termasuk menggunakan mod perbualan suara masa nyata atau push-to-talk.

Selain itu, aplikasi ini membolehkan pengguna menyemak dan meluluskan tindakan yang ingin dilakukan oleh ejen AI, menerima pemberitahuan status Gateway, serta memilih sama ada mahu membenarkan akses kepada ciri peranti seperti kamera, skrin, lokasi dan notifikasi.

OpenClaw mengamalkan pendekatan local-first, yang bermaksud pengguna mengawal sendiri Gateway, kunci API, konfigurasi serta kebenaran akses. Akses kepada ciri peranti pula diurus melalui sistem kebenaran iOS dan Android, serta hanya diaktifkan untuk fungsi yang dipilih oleh pengguna sahaja.

Berkaitan

  • Peter Steinberger, Pengasas OpenClaw Kini Sertai OpenAI
  • OpenClaw Jadi Fenomena Di China, AI Agent Tarik Minat Pengguna Dan Pelabur
  • Nvidia Perkenal NemoClaw Untuk Komuniti OpenClaw
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY