Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mainvisual Nintendo Switch 2_

Hampir 6 Juta Terjual, Switch 2 Berpotensi Jadi Konsol Terlaris Dalam Sejarah Nintendo

Diterbitkan Ogos 5, 2025 · Dikemas kini Ogos 5, 2025 oleh ariff bukhari

Permintaan untuk Nintendo Switch 2 tidak menunjukkan trend bahawa ia akan menjadi perlahan dalam masa terdekat ini selepas jualannya terus melonjak sejak dilancarkan pada awal Jun lalu.

Dengan 5.82 juta unit telah terjual setakat ini, Nintendo menjangkakan jualan konsol permainan ini akan mencecah 15 juta unit menjelang Mac 2026.

Ini sekali gus bakal menjadikannya peranti permainan paling laris Nintendo berbanding Switch asal yang memerlukan setahun penuh untuk mencapai angka tersebut.

Disebabkan permintaan yang tinggi sehingga mereka mengalami kekurangan stok, Nintendo akan meningkatkan pengeluaran Switch 2 bagi memenuhi permintaan global.

donkey kong bonanza
Mariokart World

Dari segi permainan pula, sebanyak 8.67 juta permainan Switch 2 telah terjual dalam suku tersebut yang dipacu judul popularnya, Mario Kart World dan Donkey Kong Bananza.

Harga jualan Nintendo Switch di Malaysia berharga dari RM2,488 yang sudah boleh dibeli dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmvclf
  • Lazada – https://invl.me/clmvclh

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • (Video) Motosikal Honda Pokemon Beraksi Di Litar Lumba Suzuka
  • Isu Prestasi Permainan Pada Pelbagai Peranti Xiaomi Diperbaiki

Sumber: Fortune

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
©2026 WISER.MY