Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix Dilapor Akan Tamatkan Sokongan Aplikasi Untuk iOS 16

Netflix Dilapor Akan Tamatkan Sokongan Aplikasi Untuk iOS 16

Diterbitkan September 12, 2024 · Dikemas kini September 12, 2024 oleh Amalina Athman

Aplikasi Netflix dilapor akan menamatkan sokongan untuk iOS 16 dan iPadOS 16, yang memerlukan semua pengguna menjalankan iOS 17 atau iPadOS 17 atau lebih baharu, untuk menerima kemas kini, ciri baharu dan pembetulan pepijat.

Ini bermakna pengguna iOS 16, yang kebanyakannya pengguna iPhone X atau iPhone‌ 8 dan ‌iPhone‌ 8 Plus – tidak akan dapat mengemas kini kepada versi baharu aplikasi itu kelak.

Perkara yang sama juga terpakai untuk iPad Pro (generasi pertama) dan iPad (generasi ke-5), yang hanya menyokong versi iPadOS 16.

Walaupun begitu, pengguna peranti tersebut masih boleh menggunakan aplikasi Netflix versi semasa sehingga ia ditamatkan, tetapi tanpa pembetulan pepijat atau ciri baharu.

Buat masa ini, tidak diketahui kemas kini mana yang akan menamatkan sokongan untuk peranti berkenaan. Mengambil kira code string ditemui dalam versi terkini, kemas kini itu mungkin hadir tidak lama lagi.

Berkaitan

  • TM Lancar Unifi UniVerse, Dapat Langgan Netflix Percuma Setahun
  • Netflix Mula Hentikan Pelan Asas Tanpa Iklan Secara Berperingkat Di Pasaran Terpilih
  • Netflix Catat Lebih 8 Juta Pelanggan Baharu Pada Suku Ke-2 2024, Pendapatan Meningkat
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY