Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UniVerse BM

TM Lancar Unifi UniVerse, Dapat Langgan Netflix Percuma Setahun

Diterbitkan Mei 28, 2024 · Dikemas kini Mei 28, 2024 oleh ariff bukhari

TM melancarkan pakej Unifi baharu yang dikenali sebagai UniVerse yang menawarkan penyelesaian internet rumah, mudah alih, hiburan dan gaya hidup untuk memenuhi  pelbagai keperluan pelanggan digital masa kini. 

Anand Vijayan, Ketua Pegawai Segmen Perniagaan & Pengguna TM, berkata, “UniVerse ialah pakej kami yang paling komprehensif, menyepadukan penyelesaian sambungan,  hiburan dan gaya hidup untuk kediaman, pekerjaan dan permainan. Sebagai peneraju  perkhidmatan tertumpu di Malaysia, tawaran baharu ini membolehkan komuniti berhubung, mencerminkan aspirasi TM untuk menjadi Digital Powerhouse menjelang 2030, dan menyokong negara ke arah evolusi digital yang akan datang.”

UniVerse merangkumi pelbagai jenis peranti dan ciri rumah pintar,  seperti Penderia Gerakan Pintar, Kamera Wi-Fi Keselamatan dan Pembesar Suara Pintar, yang memberikan pengalaman digital di dalam dan luar rumah. 

UniVerse BM

Maklumat mengenai Pakej-pakej Unifi UniVerse 

  1. Bagi individu, UniVerse menawarkan pakej promosi masa terhad Unifi Home 300Mbps  dengan UNI5G Postpaid 39, dan langganan Netflix 24 bulan secara percuma berharga RM169.00 (harga biasa pada RM206.00). 
  2. UniVerse menawarkan pakej hiburan paling berpatutan dengan Unifi Home 300Mbps dan Unifi TV Family Pack, berharga RM159.00 (harga biasa RM199.00) untuk seisi  keluarga. Pakej itu termasuk 77 saluran premium dan 6 aplikasi penstriman termasuk  Unifi TV, HBO GO, BBC Player, beIN SPORTS CONNECT, SPOTV NOW dan SIAR. 
  3. Untuk peminat teknologi, UniVerse menawarkan pek premium Smart Home. Ini termasuk pelan pengawasan rumah lengkap bersama TP-Link Smart Hub dengan  Chime, TP-Link Smart Motion Sensor, dua TP-Link Smart Door/Window Sensor, TP Link AI Home Security Wi-Fi Camera Premium, kamera Wi-Fi TP-Link Outdoor  Security dan Kawalan IR Pembesar Suara Pintar Xiaomi. 
  4. Pelanggan Unifi sedia ada boleh menaik taraf pengalaman mereka dengan melanggan pakej Unifi Smart Home sebagai tambahan kepada langganan sedia ada bermula dari RM16.00. Para pelanggan baharu boleh melanggan pakej ini dengan  Unifi Home 300Mbps pada harga RM159.00 (harga biasa pada RM176.50). Pakej ini  menawarkan pemasangan profesional dan sokongan perkhidmatan pelanggan 24/7  oleh Krew Unifi Elite. 

Memastikan pelanggan mendapat pengalaman yang terbaik, Unifi akan menyediakan  pemulihan perkhidmatan 24 jam, penyelesaian Easy-Fix yang mudah dan Makluman  Perkhidmatan Proaktif (Proactive Service Alerts) melalui aplikasi MyUnifi, serta sokongan  langsung daripada Krew Unifi Elite. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.unifi.com.my 

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Perbandingan Harga Dan Kelebihan Storan Awan Google, Apple Dan Microsoft
  • Mod 120 FPS PUBG MOBILE, Ini Senarai Telefon Yang Sokong



Sumber: Siaran media TM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY