Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix Mula Hentikan Pelan Asas Tanpa Iklan Secara Berperingkat Di Pasaran Terpilih

Netflix Mula Hentikan Pelan Asas Tanpa Iklan Secara Berperingkat Di Pasaran Terpilih

Diterbitkan Julai 3, 2024 · Dikemas kini Julai 3, 2024 oleh Amalina Athman

Netflix nampaknya mula menghentikan pelan Asas tanpa iklan secara berperingkat untuk pelanggan sedia ada.

Berkaitan

  • Netflix Mahu Ketatkan Lagi Perkongsian Akaun Luar Isi Rumah
  • Netflix Bagi 'Hint' Harga Akan Naik Lagi, Pelan Asas Bebas Iklan Akan Ditamatkan
  • TM Lancar Unifi UniVerse, Dapat Langgan Netflix Percuma Setahun
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Di Reddit, beberapa pengguna memaklumkan bahawa mereka telah menerima notis daripada Netflix untuk memilih pelan baharu jika ingin meneruskan tontonan di platfom itu.

netflix 1
netflix 2

Tarikh sebenar untuk penamatan itu adalah berbeza bergantung pada tarikh pengebilan dan faktor lain. Setakat ini, hampir semua notis adalah untuk pelanggan di Kanada atau UK.

Langkah ini selari dengan pengumuman Netflix pada Januari yang mengatakan bahawa ia akan menghentikan pelan Asas untuk pelanggan sedia ada di suku kedua tahun ini, bermula di Kanada dan UK.

Tahun lalu, Netflix terlebih dahulu telah menghentikan pelan asasnya untuk pelanggan baharu di Amerika Syarikat, Kanada dan UK.

Buat masa ini, pengguna di Malaysia masih boleh menarik nafas lega. Netflix masih menawarkan empat pelan langganan – Mobile (RM17/bulan), Basic (RM28/bulan), Standard (RM45/bulan), Premium (RM55/bulan). Semua pelan ini tersedia tanpa iklan, kos tambahan atau kontrak.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY