Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aplikasi MyJPJ FPX_2

Aplikasi MyJPJ Rekod Lebih RM28 Juta Transaksi Dalam Tempoh Sebulan

Diterbitkan Ogos 15, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 15, 2024 oleh Amalina Athman

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM28 juta menerusi aplikasi digital MyJPJ pada bulan lalu, iaitu sebulan selepas transaksi dalam talian diperkenalkan pada Jun.

Ketua Pengarah JPJ Aedy Fadly Ramli berkata jumpa bayaran yang diperolehi selepas kaedah pembayaran ‘Payment Gateway’ (FPX) diperkenalkan itu adalah sembilan kali ganda daripada kutipan hasil menerusi portal MySikap dengan lebih RM3 juta dalam tempoh sama.

Kita mendapat reaksi positif daripada pengguna aplikasi MyJPJ apabila mereka memilih melakukan transaksi secara dalam talian, ini adalah kejayaan baharu kepada JPJ.

Mengulas lanjut, Aedy Fadly berkata sehingga semalam, lebih 12.7 juta pengguna sudah memuat turun aplikasi MyJPJ sejak diperkenalkan pada Februari tahun lepas.

Antara perkhidmatan yang tersedia dalam aplikasi MyJPJ termasuk semakan berkaitan pembaharuan dan pelesenan kenderaan dan pemandu, saman, pautan ke aplikasi bidaan nombor (JPJeBid) serta aplikasi nombor giliran (JPJeQ).

Selain itu, pengguna juga boleh membuat laporan aduan kesalahan trafik dan perkongsian LKM secara digital.

Bagi menambah baik aplikasi tersebut, beliau berkata kerajaan menerusi JPJ akan memperkenalkan MyJPJ versi dua yang dijangka dapat dilaksanakan pada hujung tahun depan.

Berkaitan

  • Ini Cara Kongsi Dan Terima 'Road Tax' Digital Di Aplikasi MyJPJ
  • Aplikasi MyJPJ Kini Sokong Pembayaran FPX Untuk Pembaharuan Lesen, Ini Caranya
  • Kini Anda Boleh Semak Geran Kenderaan Terus Di Aplikasi MyJPJ
  • JPJ Ganti Kamera AwAS Baharu Secara Berfasa

Sumber: BERNAMA

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY