Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix iOS 17

Netflix Bakal Lancar Suapan Video Menegak Hujung Bulan Ini

Diterbitkan April 17, 2026 oleh Amalina Athman

Netflix bakal melancarkan suapan video menegak di aplikasi mudah alih menjelang hujung bulan ini, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengemas kini pengalaman penggunaan di platform tersebut.

Menerusi surat kepada pemegang saham dalam laporan kewangan terbaru, Netflix memaklumkan syarikat sedang mereka bentuk semula pengalaman aplikasi mudah alih bagi mencerminkan penawaran hiburan yang semakin berkembang.

“Selain inovasi berterusan pada UI TV baharu kami, selepas tempoh ujian dan ulangan (iteration), kami melancarkan pengalaman mudah alih yang dikemas kini pada akhir bulan yang merangkumi suapan penemuan video menegak. Reka bentuk semula ini akan mencerminkan tawaran hiburan kami yang semakin berkembang dengan lebih baik dan memudahkan ahli untuk terlibat mengikut cara dan bila mereka mahu,” kata Netflix.

Langkah ini dilihat selari dengan trend tontonan semasa yang semakin mengutamakan kandungan ringkas dan format video pendek yang lebih mudah diakses melalui peranti mudah alih.

Selain perubahan pada antara muka, Netflix turut menekankan penggunaan kecerdasan buatan generatif (GenAI) dalam meningkatkan pengalaman pengguna.

Pada suku pertama tahun ini, syarikat itu telah mengambil alih InterPositive bagi memperluas penggunaan alatan GenAI kepada pembuat filem. Bagi pengguna pula, GenAI akan digunakan untuk memperbaiki sistem cadangan kandungan melalui pemahaman yang lebih mendalam terhadap setiap judul, sekali gus membantu Netflix menyarankan tontonan yang lebih tepat dan relevan pada masa yang sesuai.

Berkaitan

  • Netflix Bakal Perkenal Antara Muka Baharu Untuk Aplikasi Mudah Alih
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • YouTube Hampiri 3 Bilion Pengguna, Netflix Cecah 1 Bilion
  • Netflix Perkenal Aplikasi Playground Untuk Kanak-Kanak - Bebas Iklan, Tiada Pembelian Dalam Aplikasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY