Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix Playground_1

Netflix Perkenal Aplikasi Playground Untuk Kanak-Kanak – Bebas Iklan, Tiada Pembelian Dalam Aplikasi

Diterbitkan April 7, 2026 · Dikemas kini April 7, 2026 oleh Amalina Athman

Netflix hari ini memperkenalkan Netflix Playground, aplikasi kendiri untuk permainan kanak-kanak.

Direka untuk kanak-kanak berumur 8 tahun ke bawah, Netflix Playground termasuk dalam semua langganan Netflix dan bebas iklan, tiada pembelian dalam aplikasi atau sebarang bayaran tambahan.

Menurut Netflix, setiap permainan direka supaya kanak-kanak boleh bermain dengan mudah, malah boleh diakses secara luar talian tanpa perlu sambungan mudah alih atau Wi-Fi dan menjadikannya teman sempurna semasa perjalanan atau aktiviti di luar rumah.

Netflix playground_SesameStreetColor
Netflix playground_RedFishBlueFish
Netflix playground_PeppaPigGamePlay
Netflix playground_horton

Antara permainan yang ditawarkan termasuk Playtime With Peppa Pig, Sesame Street, Dr. Seuss’s Red Fish, Blue Fish, Let’s Color, Bad Dinosaurs dan sebagainya. Kanak-kanak boleh meneroka dunia watak kegemaran mereka sambil belajar, berimaginasi dan berseronok.

Buat masa ini, Netflix Playground hanya tersedia di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, Filipina dan New Zealand. Ia akan diperluaskan ke seluruh dunia pada 28 April, serta digunakan di kedua-dua platform iOS dan Android.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Netflix Bakal Perkenal Antara Muka Baharu Untuk Aplikasi Mudah Alih
  • Netflix Tarik Diri, Tolak Tingkatkan Tawaran Ambil Alih Warner Bros.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY