Menurut Apple, Epic Games sebagai pembangun Fortnite telah melanggar garis panduan App Store yang terpakai untuk setiap pembangun. Ia susulan tindakan syarikat itu yang telah menambah sistem pembayaran mereka sendiri.
Google turut mengambil tindakan yang sama dan membuang permainan battle royale tersebut. Bagaimanapun, pengguna Android masih boleh memuat turun aplikasi Fortnite dengan menggunakan platform pihak ketiga. Pengguna iOS yang telah memuat turun aplikasi Fortnite pada App Store juga masih menerima akses permainan itu dan hanya muat turun baru yang tidak akan tersedia.
https://twitter.com/FortniteGame/status/1293994211621167105
Dalam pada itu, Epic Games telah mengemukakan tuntutan saman kepada Google dan Apple. Dalam tuntutan tersebut, Epic mendakwa sekatan pembayaran tersebut adalah kawalan monopoli terhadap pengedaran perisian telefon dan sistem pembayaran dalam perisian tersebut.
Epic turut menyatakan syarikat itu tidak menuntut wang pampasan. Sebaliknya, meminta injunktif untuk membolehkan persaingan yang adil dalam App Store dan Play Store.
Sumber: The Verge
Berkaitan
- Google Perkenal Papan Kekunci 'TalkBack' Braille Untuk Pengguna OKU Penglihatan
- Google Pixel 5 Dilaporkan Mengalami Masalah Pada Skrin Paparan Dan Bingkai
- Apple Daftar Model Baru MacBook Di Eurasian Economic Commission
- WhatsApp Web Mungkin Hadir Dengan Ciri Keselamatan Melalui Imbasan Cap Jari
- WhatsApp Kelak Akan Ada Ciri Seumpama Telegram
- Apple Watch Series 6 Diperkenalkan, Harga Bermula RM1,749
- Selepas Google, Kini Samsung Pula Ejek Apple Mengenai 'Bubble' Hijau
- Sebanyak 100 Bilion Kiriman Whatsapp Dihantar Setiap Hari
- Perbualan Lebih Privasi, WhatsApp Lancar Ciri "Chat Lock"
- CD Projekt Red Tawar Bayaran Balik Bagi Pembelian Cyberpunk 2077 Di PlayStation Dan Xbox