Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Web Mungkin Hadir Dengan Ciri Keselamatan Melalui Imbasan Cap Jari

WhatsApp Web Mungkin Hadir Dengan Ciri Keselamatan Melalui Imbasan Cap Jari

Diterbitkan September 18, 2020 · Dikemas kini September 18, 2020 oleh Amalina Athman

WhatsApp, aplikasi media sosial popular, turut menawarkan sokongan pelayar untuk perkhidmatan permesejan yang membolehkan seseorang menggunakannya di desktop. Kini, bagi menjadikannya lebih selamat, WhatsApp dilapor akan menambahkan sokongan pengimbasan biometrik bagi versi desktop itu.

imbasan cap jari whatsapp web

Menurut laporan dari WABetaInfo, WhatsApp sedang menguji ciri baru yang membolehkan sesi WhatsApp Web dimulakan hanya menggunakan imbasan cap jari. Ciri privasi ini bertujuan bagi memastikan tiada sesiapa secara rahsia membuat sesi baru jika seseorang menggunakan telefon anda buat sementara waktu.

Ini bermakna, untuk memulakan sesi WhatsApp Web, anda perlu membuka WhatsApp pada telefon dan mengimbas cap jari terlebih dahulu.

Buat masa ini, ciri tersebut masih dalam pembangunan dan tiada maklumat lanjut bila ia akan diperkenalkan.

Sumber: WABetaInfo via GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY