Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Perkenal Papan Kekunci ‘TalkBack’ Braille Untuk Pengguna OKU Penglihatan

Google Perkenal Papan Kekunci ‘TalkBack’ Braille Untuk Pengguna OKU Penglihatan

Diterbitkan April 13, 2020 · Dikemas kini April 13, 2020 oleh Amalina Athman

Google sedia menawarkan ciri Talkback dan kini giliran papan kekunci braille maya pula diperkenalkan pada peranti Android. Ini bermakna, pengguna cacat penglihatan tidak lagi perlu menggunakan perkakasan luaran dengan menggunakan fungsi terbina TalkBack ini.

Talkback Braille

Google menyatakan, mereka bekerjasama dengan pembangun braille dan pengguna dalam membangunkan fungsi ini. Oleh itu, ia akan menjadi biasa kepada sesiapa yang telah menaip menggunakan braille sebelum ini.

TalkBack menggunakan 6-kekunci standard dan setiap kekunci mewakili salah satu 6 titik braille yang apabila ditekan, menjadikan satu huruf atau simbol. Sebagai contoh, untuk menaip huruf ‘A’, hanya tekan pada titik 1 dan untuk menaip huruf ‘B’, tekan titik 1 dan 2.

Untuk mengaktifkan fungsi ini pada peranti Android, pergi ke bahagian Setting > Accessibility > TalkBack > Setting > papan kekunci Braille dan pilih “Tap to set up”, serta ikuti langkah seterusnya di pautan ini.

Papan kekunci TalkBack braille tersedia pada peranti Android yang menjalankan sistem operasi 5.0 dan ke atas. Pada masa ini, TalkBack hanya menyokong Unified English Braille bagi gred 1 dan 2, serta berfungsi pada semua aplikasi Android.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harman Kardon Lancar 2 Model Pembesar Suara Baharu, Harga Dari RM1,099
  • Kajian: 83% Rakyat Malaysia Berdepan Scam Dalam Setahun, 14% Alami Kerugian Wang
  • Acer Malaysia Lancar Penapis Udara Mesra Haiwan Peliharaan Dan Kipas Pintar
  • The Transformers: The Movie Akan Ditayangkan Secara Percuma Di YouTube 27 Nov Ini
  • Nothing Dedah Rupa Peranti AI Baharu Yang Bakal Dilancar Disember Ini
  • Kenali Rencana, Aplikasi Pelajar IPT Untuk Urus Jadual, 'Assignment' Dan Ulang Kaji
  • iQOO 16 Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember Ini
  • Kerajaan Teliti Langkah Tangani Jualan Produk Import Tidak Bersijil Di Platform E-Dagang
©2026 WISER.MY