Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Magic Keyboard

Apple Daftar Model Baru MacBook Di Eurasian Economic Commission

Diterbitkan Januari 14, 2020 oleh Amalina Athman

Apple telah memfailkan MacBook yang belum dikeluarkan dengan model yang dikenali sebagai A2289 dalam pangkalan data Eurasian Economic Commission (EEC). Maklumat menunjukkan ia adalah “komputer peribadi mudah alih” yang menjalankan sistem operasi macOS 10.15 dalam dokumen yang difailkan sehari sebelum perayaan Krismas.

Apple Daftar Model Baru MacBook Di Eurasian Economic Commission
Gambar: 9to5Mac

Kemungkinan penyenaraian ini dapat disesuaikan dengan MacBook Pro 13 inci yang dikhabarkan dengan rekaan papan kekunci “Magic Keyboard” yang menggunakan rekaan gunting, mengikuti jejak langkah MacBook Pro 16 inci yang dilancarkan beberapa bulan lepas.

Terdahulu, penganalisis terkenal, Ming-Chi Kuo dengan tepat meramal pada Julai tahun lalu bahawa saiz 16 inci akan menjadi komputer riba pertama Apple yang memperlihatkan kemaskini dari papan kekunci butterfly yang bermasalah kepada papan kekunci rekaan gunting, Magic Keyboard. Selain itu, beliau juga meramal Apple akan menggunakan Magic Keyboard dalam MacBook Pro 13 inci dan MacBook Air pada tahun ini.

Walaupun pemfailan dengan EEC biasanya bermaksud pelancaran akan berlaku beberapa bulan lagi, namun kita perlu menunggu apa yang Apple telah rancangkan untuk MacBook seterusnya.

Sumber: 9to5Mac, MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
©2026 WISER.MY